Thursday, November 23, 2017

TIDAK ADIL ADA DI MANA-MANA – “INILAH UJIANNYA”

Dunia ini penuh dengan ujian yang menuntut untuk kita bersabar dan menerima segala ketentuan dari Allah untuk kita. Tanpa sabar dan tabah, kita akan merungut kerana merasakan ketidakadilan sering berlaku terhadap kita. Kalau diperhalusi, memang betul. Sebagai contoh;

-Kenapa kita dapat rezeki sedikit, orang lain dapat banyak
-Kenapa kita selalu dapat sakit, orang lain sihat aja
-Kenapa kita berniaga tak berapa untung, orang lain untung aja
-Kenapa isteri kita tak berapa cantik, isteri orang cantik aja
-Kenapa anak kita tidak berjaya seperti anak orang lain,
-Kalau jadi pengerusi persatuan, Kenapa asyik aku aja, orang lain tak pun,
-Kenapa asyik aku aja yang kena buat kerja, orang lain tak kena pun.

Image result for ujian redo  kehidupan
Memang inilah dunia kerana ia merupakan ujian dari Allah kepada manusia. Kalau nak ikutkan tak adil, memang semua tidak adil.

+Betapa Allah bagi rezeki banyak kepada manusia, tetapi hanya sedikit sahaja yang bersyukur
+Betapa Rasulullah mempunyai akhlak yang mulia, tetapi betapa ramai orang yang menentangnya dan memeranginya
+Betapa seorang ayah telah berbakti kepada anak, tetapi betapa ramai anak yang mengabaikan ayahnya
+Betapa seorang ibu telah berjasa kepada anak, tetapi betapa ramai anak yang menderhaka kepada ibunya
+Betapa seorang guru telah mendidik anak muridnya dengan gigih, tetapi selepas berjaya, usahkan penghargaan, tiada ucapan terima kasih pun diungkapkan kepada guru.

Justeru, dunia ini penuh dengan ketidakadilan?? Bukan sama sekali, dunia ini adalah ujian kepada manusia. Yang baik pun ujian, yang buruk pun ujian. Ia menuntut kesabaran dari manusia dan antara maksud kesabaran ialah menerima segala kesulitan dan menelan segala kepahitan kerana itulah realiti kehidupan. Justeru,

->Jadilah kita orang yang menghargai orang yang di sekeliling, maka kita akan beroleh kebahagiaan
->Biarlah kita orang yang bersusah payah membantu orang lain, kerana itulah sifat orang yang mulia
->Kalau buat kerja yang orang tidak mahu buat, kerana kita berjiwa besar. Orang yang berjiwa kecil, mementinkan diri sendiri atau melihat kepentingan dirinya sahaja.
->Sekiranya kita bekerja untuk orang dan demi orang, kita akan kecewa. Akan tetapi, sekiranya kita bekerja untuk Allah, kita akan tenang.
->Seperti mana kita solat, puasa, zakat dan membaca al-Quran untuk mendapat pahala, kita juga bersusah payah membantu orang untuk mendapat pahala.
(Walau bagaimanapun, jangan sampai ketulisan dan keikhlasan kita itu dijijak oleh orang lain)

Artikel nasihat ini, sebenarnya untuk diri sendiri untuk memupuk sifat sabar dan tabah dalam diri yang penuh dengan kekurangan. Kerap kali bila berbual dengan Bapa tentang ujian yang menimpa dirinya, dia selalu menyebut “inilah ujiannya”. Mudahan Allah bagi hidayah untuk kita semua.

Dr. Muhamad Faisal 

Thursday, November 2, 2017

HALATUJU GRADUAN PENGAJIAN ISLAM

Seorang graduan FPI datang ke bilik saya semalam untuk bertanya khabar dan mengucapkan terima kasih atas ilmu yang telah diberikan selama menuntut di UKM. Saya ada bertanya, buat apa la ni? Dia membalas “ade la ust, sebagai ….. kalau ada dipanggil, dapatlah Rm50-60 untuk kerja 4-5 jam” Dia menambah lagi, “tak boleh memilih-milih kerja la ni ust”. Yerlah, nak idup lepas grad ni memang mencabar. Untung sabut, dapat kerja tetap terus. 

Kemudian dia ada merungut “dengan sijil dari pengajian Islam, payahlah la Ustaz nak cari kerja”. Memanglah, kalau dalam jobstreet.com tu sebagai contoh, kerja sebagai accountant tu mungkinlah banyak. Kerja sebagai ustaz tu, memang la payah benar nak cari kat jobstreet.com. Saya balas “kerja assistant accountant pun bukannya senang nak dapat juga. Kalau baru kerja, gaji baru Rm1200 je kot” Kalau duduk di bandar, pening juga nak hidup dengan gaji banyak itu. Lainlah kalau jadi cikgu tadika, walau pun gaji RM1200 tetapi mereka mungkin boleh tinggal di tadika berkenaan. Dah save RM300-400. Makan tengah hari dengan budak-budak. Dah save juga makan tgh hari. Yerla, tak de yang senang. Balik noreh getah la. 

Dia bagi tahu, setakat ni dia tinggal di kampong dan dia bercadang nak merantau sebab tak leh la duduk dengan orang kampung. Dia menambah lagi, pegangan agama orang kampongnya sangat teruk. Kalau jemaah tabligh datang, mereka lari macam lari dari perompak. hahaha. Saya tanya “di negeri mana ni?. Dia jawab, di negeri …… (sebuah negeri di semenanjung) hmm. Kemudian macam-macam la dia bagi tahu hal orang kampongnya. Kemudian saya tanya lagi, dah berapa lama duduk kampong? Dia kata “baru dua bulan” Saya tersenyum seorang. Tetapi, riak mukanya macam dia tak faham kenapa saya tersenyum.



Sebagai graduan pengajian Islam kalau balik kampung:
1- Ringankan tulang dan kena offer tenaga kepada orang kampung untuk bantu kerja-kerja yang kat surau/ masjid. Ada kalanya buat kerja yang diabaikan oleh orang kampong. Tebas jalan ke, cuci surau ke, azan subuh ke, ajar mengaji ke dll.

2- Kedepankan diri untuk memimpin majlis. Kalau diberi peluang jadi imam, jangan malu alah. Baca doa, baca tahlil, ngajar Quran, berzanji atau apa2 aktiviti kerohanian yang sesuai. Malulah pengajian Islam kalau jadi imam pun kekok, mungkin masa belajar dahulu tidak pernah ke depan jadi imam.

3- Kumpul anak-anak kampong yang bersekolah rendah atau tadika di surau/masjid dengan kerjasama pemuda atau aktivitis. Susun aktiviti yang sesuai untuk mereka. Lihatkan diri bahawa kita mampu membimbing mereka. Kalau ada kemampuan, ajar mereka mengaji. Kalau orang tua mahu, ajar juga mereka mengaji Quran.

4- Bagi yang ada kebolehan mengajar, bawa kitab yang mudah-mudah untuk mengajar di masjid dan surau. Mungkin mula dengan kelas untuk anak-anak dan akhirnya hingga untuk bapak-bapak mereka.

5- Usaha minta kerja,jangan lupa buat. Bila kita tolong Allah, Allah akan bantu kita. 

p/s: Kalau nasib baik, ada orang pelawa jadi menantu. Huh, save dah budget hantaran. J)

Jangan jadi graduan pengajian Islam, pintu surau pun dia tidak pernah jenguk. Berat 66.

Di akhir pertemuan, saya hadiahkan dua buku yang berkaitan solat dan wuduk. Mudahan dia gunakan buku itu untuk membimbing orang kampungnya. 

Dr. Muhamad Faisal

Nota: waktu belajar di Univ, jangan habiskan masa dengan kerja yang tidak perlu. Kalau ilmu tak de, macam mana nak bimbing orang kampung.