- Menanam niat untuk berdakwah kepada mereka. Niat penting sebagai suatu keazaman yang tersemat di dalam hati untuk melaksanakan tugas dan misi yang suci ini.
 - Mengajak mereka berbincang mengenai agama (contoh: bertanya tentang tuhan, kehidupan selepas mati, perayaan) dan huraikan pula dari perspektif Islam.
 - Menghargai kebaikan yang ada pada mereka seperti menjaga kebersihan, bijaksana mengurus masa, baik hati. Sebagai contoh, ”anda telah pun Islam dari sudut ini” atau ”Ini pun sebahagian daripada Islam”.
 - Menjawab salam mereka dengan baik. Bukan dengan mengherdik mereka atau menjawab dengan balasan yang kurang bijaksana.
 - Membudayakan memberi salam menerusi telefon.
 - Menghadiri kenduri atau apa-apa program kemasyarakatan anjuran mereka.
 - Mengajak menghadiri program kemasyarakatan dan keagamaan yang bersesuaian
 - Sekiranya non-Muslim membaca ayat quran atau apa-apa yang berkaitan, kita kena huraikan dengan jelas, bukan halang daripada dia membaca. Bahkan, kita kena tanya adakah ayat yang sama terdapat di dalam agama mereka.
 - Mempergiatkan edaran bahan-bahan bertulis berkenaan agama Islam kepada mereka.
 
Tambahan amat dialu-alukan.
Abuirfan.
0 Comments