Tujuan dakwah ialah untuk mengajak manusia
beriman dengan Allah swt, mengubah tingkah laku ke arah kebaikan dan
meninggalkan kemungkaran. Antara makna penting dalam politik ialah untuk
mempengaruhi manusia bagi mendapat, mengekalkan dan mempertahankan kuasa. Jika dilihat dari sudut ini, kita
dapati bahawa dakwah dan politik ini berkongsi konsep yang sama iaitu untuk
MEMPENGARUHI MANUSIA.
Politik mempunyai konsep yang luas dan definisnya pun mungkin berbeza antara satu sama lain yang mungkin sebahagiannya melihat kepada aspek tertentu manakala yang lain pula melihat kepada aspek yang lain. Walau bagaimanapun, politik itu berkaitan dengan kekuasaan dan pemerintahan yang boleh dilihat dari pelbagai sudut seperti pengurusan, pentadbiran, parti politik dan sebagainya. Apa yang penting bagi seseorang yang mempunyai kuasa ialah kemampuan untuk mengawal dan mentadbir dengan baik. Oleh sebab itu, politik ini berkait rapat dengan kemampuan untuk menguasai dan mempengaruhi masyarakat. Cumanya, ke arah mana yang yang nak dibawa bergantung kepada parameter iman yang dimiliki oleh seseorang politikus itu.
Matlamat dakwah sangat jelas iaitu untuk mengajak dan mempengaruhi manusia dekat dengan Allah. Sekiranya matlamat penglibatan dengan politik itu untuk membawa manusia dekat dengan Allah atau pun parti politik yang disertainya itu memang jelas matlamatnya untuk membawa manusia dekat dengan Allah, maka politik dan dakwah itu mempunyai persamaan dari sudut konsep, tetapi mungkin berbeza dari sudut konteks.
Sebaliknya, sekiranya matlamat penyertaan dalam politik dan parti politik
itu sendiri memang bertujuan hanya untuk mendapatkan kuasa, manakala hukum hakam Islam
diambil mengikut keperluan dan keinginan sahaja, tentunya dakwah dan politik di
sini tidak sama. Matlamatnya tidak sama.
Rasulullah berdakwah mengajak manusia beriman dengan Allah dan sekaligus baginda
berpolitik yang akhirnya baginda memperoleh kuasa pemerintahan di Mekah dan Madinah untuk memastikan keseluruhan sistem Islam dapat dilaksanakan dengan sempurna. Inilah cara yang perlu diikuti oleh umat Islam iaitu
meletakkan semua ukuran dan seluruh parameter kehidupan untuk mencapai keredoan
Allah sama ada dalam politik dan juga bidang2 yang lain.
0 Comments