Kegiatan keganasan dipercayai mendapat restu dan malahan boleh
dikatakan ia adalah tajaan barat. Barat menuduh orang Islam sebagai daiesh dan melakukan keganasan menerusi pelbagai bentuk propaganda bertujuan untuk menakutkan orang
Islam dari menjadi orang Muslim yang baik dan menyederhanakan orang Islam. Terdapat pihak yang terpedaya dengan propaganda ini dan turut melaungkan seruan memerangi keganasan seperti yang dilakukan oleh barat. Musuh Islam memerangi keganasan untuk menghilangkan nilai tauhid, dakwah dan jihad dari diri orang Islam.
Muslim yang baik pastinya akan berpegang prinsip dan nilai yang tidak sama dengan nilai Barat.
Muslim yang baik pastinya akan berpegang prinsip dan nilai yang tidak sama dengan nilai Barat.
1-
Adakah anda menerima konsep kebebasan mutlak? Kalau YA, bermakna anda setuju
dengan LGBT dan tukar jantina.
2-
Adakah anda menerima kepercayaan tiada kebenaran mutlak? Kalau YA, bermakna
anda setuju bahawa semua agama itu sama.
3-
Adakah anda menerima hak privasi yang tidak boleh diganggu? Kalau YA, bermakna anda tidak bersetuju
dengan konsep dakwah dan amar makruf/ nahi mungkar yang merupakan asas penting
di dalam Islam.
4-
Adakah anda menerima demokrasi mutlak? Kalau YA, bermakna anda menolak al-Quran
sebagai asas dalam menentukan kebenaran. Ini kerana dalam demokrasi, kebenaran
ditentukan berdasarkan kepada suara ramai. Ini berbeza dengan Islam yang
menentukan kebenaran berteraskan kepada al-Quran melainkan dalam perkara yang
tidak terdapat hukum di dalamnya. Tetapi masih lagi perlu berdasarkan kepada
maqasid Islam.
5-
Adakah anda menerima sekularism ? Kalau YA, bermakna anda tidak bersetuju dengan
agama yang sifatnya mengikat manusia. Sekularism bermakna anda boleh pilih
agama ikut suka anda dan hanya menganggap agama berkaitan dengan kerohanian
sahaja. Tahap tertinggi sekular ialah menentang agama seperti Kamal Attarturk.
Sebagai orang Islam yang
benar-benar beriman kepada Allah, pasti anda akan menolak nilai-nilai di atas.
Oleh kerana semua nilai itu adalah nilai yang dipegang oleh BARAT (baca:
Amerika), sekiranya anda tidak suka kepada nilai itu, bermakna anda menolak
nilai BARAT. Respon dari itu, BARAT menganggap anda adalah musuhnya, kerana pegangan
anda itu akan mengancam kepentingannya.
Barat berasa terancam dengan perbezaan nilai antara Islam dan
barat, malahan al-Quran telah pun menegaskan perkara ini sejak dahulu lagi. Pada
tahun 1988, Huntington telah menyebutkan perkara ini di dalam tulisannya “The
Clash of Civilization”.
Barat meletakkan ancaman utama kepada mereka ialah ancaman dakwah
kerana dakwah mengajak semua orang kepada Islam. Sekiranya seruan ini berjaya ia
akan mengancam barat. Contohnya apabila orang sudah memakai tudung, maka akan memberikan
impak yang besar terhadap industry fesyen. Ini belum lagi isu minyak, isu hubungan
perdagangan dan penguasaan politik antarabangsa. Akan wujud satu lagi kuasa
yang menyaingi barat. Konsep dakwah ini benar-benar akan membawa masalah dan
menggugat mereka.
Sebenar, Dakwah adalah manifestasi dari konsep tauhid yang
menganggap hanyalah Islam sahaja agama yang diredoi Allah. Rentetan dari itu, Islam
perlu disebarkan kepada semua manusia yang belum lagi menganut Islam bagi
menyelamatkan mereka dari mendapat kemurkaan Allah. Barat menganggap idea ini
sungguh berbahaya kepada mereka kerana kepentingan dan pengaruh mereka yang akan
terjejas.
Barat menganggap kumpulan yang menggerakkan dakwah adalah fundamentalis
iaitu kumpulan yang ingin membawa ajaran agama yang asal. Fundamental bermaksud
“asas”.
Barat menolak kumpulan fundamentalis kerana pada zaman dahulu kumpulan
telah membawa mereka kepada zaman kegelapan. Fundamentalis Kristian telah
menyebabkan penguasaan gereja yang menzalimi orang barat atas nama agama yang
akhirnya menyebabkan sekularisme (pemisahan antara agama dan politik). Oleh sebab
itu, mereka memerangi mana-mana kumpulan yang ingin kembali kepada ajaran asas
agama termasuklah Islam.
Sebaliknya, Islam menganggap bahawa fundamentalis itu adalah
kumpulan yang baik kerana ia berpegang dengan agama. Hala tuju hidup seorang
Muslim ialah untuk menjadi muslim yang baik dalam diri, keluarga, masyarakat
dan mendokong sebuah negara Islam.
Barat perlu menghapuskan gagasan TAUHID dengan apa-apa cara sekalipun.
Sekurang-kurangnya dengan menyederhanakan orang Islam dari gagasan tauhid dan
dakwah dengan membawa idea agama adalah urusan peribadi dan semua agama sama.
Ringkasnya, aktiviti keganasan yang dilakukan oleh barat bertujuan untuk memalitkan orang Islam dengan tindakan ganas ini dan memberikan imej yang buruk kepada orang Islam. Dengan cara itu, orang Islam takut untuk melakukan aktiviti dakwah kerana ia akan menjurus kepada ekstrim dan ganas. Mereka lebih rela dikaitkan dengan imej “sederhana” dan “biasa-biasa”, sedangkan imej itu bukan merupakan imej yang Islam mahukan.
BARAT INGIN MENYEDERHANAKAN (MODERATE) UMAT ISLAM
Tindakan kita:
- Tumpuan yang lebih dilakukan untuk menggalakkan masyarakat Islam melaksanakan
aktiviti dakwah dengan cara yang betul.
- Memberikan tumpuan untuk menjadi muslim yang wara’, taqwa dan
soleh.
- Menggalakkan orang Islam berjihad iaitu berusaha untuk melaksanakan
Islam sebaiknya dalam diri, masyarakat dan negara.
Nota: Mungkin ada segelintir orang Islam yang bertindak salah, cuma janganlah tindakan "counter back" menyebabkan semua orang Islam menjadi biasa-biasa dan sederhana, yang hanya akan menjayakan agenda barat sahaja.
Berikut adalah antara perancangan barat untuk menghadapi fundamentalis Islam
- Cabar dan dedahkan ketidaktepatan dalam pandangan mereka mengenai Islam
- Tonjolkan hubungan mereka dengan kumpulan yang dan aktiviti yang menyalahi undang-undang
- Perbesarkan akibat tindakan mereka yang menyalahi undang-undang
- Tonjolkan ketidakmampuan mereka untuk memberikan manfaat dan pembangunan yang positif kepada masyarakat
- Sasarkan propaganda di atas kepada orang muda, orang kampung, Muslim minoriti di barat dan wanita
- Elakkan dari menunjukkan hormat atau kagum terhadap keganasan yang mereka lakukan, sebaliknya tunjukkan mereka sebagai pengganggu dan pengecut bukan sebagai wira jahat
- Galakkan wartawan menyiasat korupsi, hipokrit, kegiatan tidak bermoral dalam kalangan mereka dan kumpulan terrorist
0 Comments