Terdapat banyak undang2 Islam yang digunakan
oleh orang bukan Islam, seperti sembelihan, berkhatan dan perbankan Islam. Ini
bermakna, undang2 Islam bukanlah lapuk dan tidak boleh diterima oleh akal
manusia. Ia adalah selaras dengan lojik akal manusia kerana tiada sesuatu
syariat pun yang Allah tentukan melainkan ada kewajaran dan lojiknya. Ia bukan
untuk orang Islam sahaja, tetapi ia juga untuk semua manusia.
Sentimen pada masa ini undang2 Islam hanya
untuk orang Islam sahaja dan mahkamah syariah membicarakan orang Islam sahaja. Adalah
diyakini pada masa akan datang, ia juga diluaskan untuk orang bukan Islam, sama
ada mereka datang ke Mahkamah Syariah atau mahkamah sivil itu sendiri telah mengikut
prinsip Islam.
Sebagai contoh, sekiranya ada kesalahan yang
akan diambil tindakan keras hanya untuk orang Islam sahaja seperti berzina dan
minuman arak, manakala orang bukan Islam longgar. Mungkin pada masa akan datang
berlaku jenayah yang berleluasa yang melibatkan mabuk. Statistik menunjukkan
bahawa peratus yang terlibat dengan gejala semakin menungkat ini seperti kemalangan
jalan raya dan kekerasan rumah tangga melibatkan mabuk. Orang Islam telah ada
undang2 yang khusus manakala orang bukan Islam?? Akhirnya masyarakat melihat
wajarnya untuk membuat undang2 khusus tentang perkara ini.
Namun, akal yang sempit mungkin melihat bahawa
agama tidak boleh menjadi sandaran untuk membentuk undang2 yang akan mengawal
semua tindakan manusia. Sekiranya ada undang2 yang berteraskan agama, ada yang
menolaknya kerana tidak lojik dan sebagainya. Memang sesuatu yang berteraskan
kepada agama itu, tidak berapa disukai oleh manusia kerana ia mungkin dianggapa
tidak lojik kerana berlainan dengan hawa nafsu dan keinginannya.
Bagi orang bukan Islam, mereka mungkin lebih
yakin apabila melihat bukti terlebih dahulu sebelum menerimanya. Mereka tidak beriman
dengan agama Islam, maka perlu dibuktikan. Namun, bagi orang Islam keimanan
mereka kepada Allah sangat penting untuk mereka menerima undang2 Islam dan
mereka perlu berfikir dengan baik untuk melaksanakannya dalam kehidupan.
Orang tidak boleh terima hukum aurat, tetapi
boleh terima pakaian seragam polis dan askar. Kenapa?
Dr. Muhamad Faisal
0 Comments