Iblis dan Syaitan
merupakan makhluk halus yang seringkali dibayangkan rupanya macam hantu yang
buruk, menakutkan dan menyeramkan. Kalaulah syaitan datang dalam rupa yang
seperti itu, adakah ramai atau sedikit yang akan ikut Iblis dan Syaitan?? Hmm. Hanya
sedikit sahaja manusia yang mengikutinya.
Namun, Syaitan
datang memperdaya manusia dalam bentuk bisikan angan-angan, desakan dan gesaan
yang menyukakan hati manusia, lagi mengecurkan air liur. Semua itu sepadan dengan nafsu manusia yang sentiasa muda dan keinginan manusia yang tidak terbatas. Oleh sebab itu, manusia
mudah terpedaya dan jadi jahat tu. Tambahan pula, bapa kepada manusia pun
pernah ditipu dan diperdaya oleh Iblis. Ini menjadikan manusia mudah diperdaya.
Ya, ia datang
dalam bentuk rumah besar, kereta mewah, kedai yang luas, pangkat yang tinggi,
kedudukan yang dihormati, wang yang banyak, wanita yang cantik, pujian dll.
Seronok tak kalau kita dapat semua ini? Ya pastinya kita suka. Namun, kita
mungkin tidak mampu untuk mendapatkan ke semua keinginan itu dan segala
angan-angan kita. Bagi yang ingin menikmati juga semua keinginan itu, biarpun
tidak mampu, dia sanggup menipu, mencuri, menjatuhkan orang, memberi dan
menerima rasuah, membunuh orang C4, pecah amanah, salah guna kuasa dan
sebagainya.
Inilah peranan
Iblis dan syaitan. Mereka melakukan kerja-kerja menyesatkan manusia ini dengan
sungguh2, siang malam pagi petang. Dia memang bersumpah untuk menyesatkan
manusia dan kehadirannya ke dunia ini memang untuk itu. Ini semua disebut dalam
al-Quran. Ringkasnya, jangan bayangkan rupa Iblis itu buruk dan menyeramkan,
tetapi ingat bahawa wajah penipu ini berpenampilan cantik dan menarik.
Iblis memperakui
bahawa dia hanya surrender iaitu tidak mampu memperdaya satu kelompok sahaja
iaitu hamba Allah yang ikhlas sahaja. Semoga kita tergolong dalam kumpulan ini
dan kita berlindung dengan Allah dari tipudaya syaitan.
Dr. Muhamad Faisal
0 Comments