Akhirat itu
ialah perkara yang mendatangkan pahala. Ia bermaksud akhir, iaitu lambat kerana
urusan dosa dan pahala akan diperoleh selepas mati. Manakala, Dunia pula bermaksud
dekat, iaitu perkara yang melibatkan urusan sebelum mati. Balasan dosa pahala selepas
kematian.
Mencari
pahala bukan hanya dengan solat dan zikir dalam masjid, tetapi skopnya luas.
Bermula dengan menyebut lailaha illa Allah hinggalah membuang duri tepi jalan.
Boleh tak mencari pahala dengan duit, hp, FB, kereta, rumah, pinggan mangkuk,
kerjaya kita, perniagaan kita, dll?? BOLEHHHH. Semua itu adalah ruang dan
peluang untuk memperoleh pahala.
Luaskan
pemikiran tentang konsep akhirat dan dunia, nescaya kita akan dapati Islam itu
mudah dan rahmat. Seluruh aspek kehidupan adalah agama.
Allah
berfirman:
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ
ۖ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا
Maksudnya:
Berdasarkan kepada rezeki yg Allah kurniakan kepadamu, CARILAH AKHIRAT, JANGAN
LUPA BAHAGIAN KAMU DI DUNIA. (Al-Qasas: 77)
Ayat ini
jelas menyebut JANGAN LUPA DUNIA iaitu nak carilah kekayaan, keselesaan dan
kesenangan, tetapi yang lebih penting dari itu ialah CARILAH PAHALA dari segala
nikmat dan kurniaan Allah itu.
بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ
Maksudnya:
Tetapi kebanyakkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat
lebih baik dan lebih kekal. (Al-A'la: 16-17)
Kedua dunia dan akhirat itu tidak sama, bagaimana ingin diseimbangkan?
DUNIA DIJADIKAN UNTUK KAMU, KAMU DIJADIKAN UNTUK AKHIRAT
Dr. Muhamad
Faisal
0 Comments