*METODE DAKWAH PARA RASUL GAGAL?*

Para rasul ditugaskan untuk membawa risalah kepada umat masing-masing, namun masih ramai lagi manusia pada zaman mereka yang tidak memeluk Islam. Contohnya ialah umat Nabi Isa, Nabi Soleh, Nabi Yunus, Nabi Zakaria dan lain-lain. Jadi, adakah benar metode dakwah para rasul berkenaan tidak berkesan kerana mereka tidak berjaya mengislamkan kaum mereka? 

Bagi menjawab persoalan di atas, soalan yang perlu dijawab ialah *APAKAH UKURAN KEJAYAAN KEPADA SESUATU USAHA DAKWAH?*

*Jawapan pertama:*
Kejayaan dakwah itu diukur menerusi jumlah orang yang memeluk Islam. Kalau sedikit yang memeluk Islam, itu bererti bahawa usaha dakwah itu gagal. 

*ULASAN* - Kalau ini yang menjadi ukuran, sebahagian besar rasul tidak berjaya menyempurnakan misi risalah mereka kerana gagal mengislamkan keseluruhan kaum masing-masing. Lalu, sifat rasul - siddiq, amanah, tabligh dan fatanah - tidak lengkap kerana gagal membawa misi dakwah. 

*Jawapan kedua:*
Kejayaan dakwah itu dilihat kepada kuantiti jumlah sasaran dakwah. Contohnya, kalau orang bukan Islam ada 1000 orang, perlu ada sekurang-kurangnya 10 orang pendakwah. Kalau pendakwah seorang, maka usaha dakwah itu gagal.

*ULASAN* - Kalau ini yang menjadi ukuran, sebahagian besar rasul tidak berjaya menyempurnakan misi risalah mereka kerana jumlah pengikut mereka tidak ramai. Lalu, sifat rasul - sidiq, amanah, tabligh dan fatanah - tidak lengkap kerana gagal membawa misi dakwah. 

*Jawapan ketiga:*
Kejayaan dakwah itu diukur dengan melihat kesungguhan pendakwah dalam melaksanakan usaha dakwah.

*ULASAN* - Ukuran ini lebih tepat kerana para Rasul telah pun bertungkus lumus mengusahakan dakwah. Namun, sekiranya ada orang yang tidak beriman, itu di luar keupayaannya.

Allah berfirman: 
Ø¥ِÙ†َّÙƒَ Ù„َا تَÙ‡ْدِÙŠ Ù…َÙ†ْ Ø£َØ­ْبَبْتَ ÙˆَÙ„َٰÙƒِÙ†َّ اللَّÙ‡َ ÙŠَÙ‡ْدِÙŠ Ù…َÙ†ْ ÙŠَØ´َاءُ ۚ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø£َعْÙ„َÙ…ُ بِالْÙ…ُÙ‡ْتَدِينَ

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam). Al-Qasas (28:56)

*KESIMPULAN*
1- Usaha dakwah para Rasul perlu menjadi pedoman kepada para pendakwah. Ia bagaikan sifir dalam matematik, ulum al-Quran dalam ilmu tafsir, ulum al-hadis dalam ilmu hadis, usul fiqh dalam ilmu fiqh. 

2- Para Rasul tidak mengalah walaupun jumlah mereka sedikit. Mereka tidak mengambil dedak dan menerima sogokan dengan syarat menghentikan usaha dakwah. 

3- Matlamat rasul ialah menyampaikan dakwah. Ada rasul yang berjaya menjadi pemerintah (spt. Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf dan Nabi Muhammad) dan ada yang tidak. 

4- Pendekatan dakwah para rasul realistik, relevan dengan permasalahan dan keperluan kaum masing-masing. 

5- Misi dakwah mereka jelas mengajak beriman kepada Allah. Tidak mengajak kepada keadilan, hak asasi, equaliti dll kerana semua itu terkandung dalam seruan beriman kepada Allah.  


✏️Dr. Muhamad Faisal

Post a Comment

0 Comments