Monday, November 24, 2008

Ulama lesu? Antara dahulu dan kini


Rasional kepada pemerkasaan swadaya ulama ialah disebabkan peranan ulama kini kelihatan tidak menonjol berbanding peranan yang telah dimainkan oleh Ulama pada zaman silam.

Persoalannya, adakah ulama kini telah tenggelam dengan keupayaan cerdik pandai dalam bidang lain, sementara ulama dahulu tidak mempunyai saingan hebat dari kelompok cerdik pandai yang lain.

Sistem pendidikan pada waktu (1511M hingga 1957M) dijalankan menerusi institusi pondok, istana, sekolah Quran dan sebagainya dan menumpukan kepada bidang pengajian Islam sahaja. Keadaan ini berterusan sehinggalah penjajah membawa masuk sekolah dan memperkenalkan pendidikan akademik seperti sains, matematik dan lain-lain di awal abad ke 20. Itu pun, pada peringkat awal orang Melayu menolak sekolah-sekolah ini kerana didakwa membawa dakyah agama Kristian. Apa yang pasti, tiada institusi pengajian yang menawarkan pengajian di dalam bidang-bidang lain selain daripada pengajian Islam. Justeru, cerdik pandai yang ada pada masa itu, hanyalah mereka yang berada dalam bidang agama.

Dengan kewujudan sistem pendidikan yang menumpukan kepada bidang-bidang lain, malah menjadi lebih dominan dalam kebanyakan universiti di Malaysia, melahirkan ramai cendikiawan dalam bidang-bidang ini dan menyaingi ulama dalam bidang agama. Dalam saingan ini, ulama kelihatan tidak berswadaya dan seringkali dianggap sebagai tin kosong dan nasi tambah sahaja. Mereka kelihatan merendah diri atas pelbagai sebab dan wacana mereka hanyalah di kalangan mereka sahaja.

Adakah betul mereka yang berada di dalam pendidikan Islam tenggelam dengan kelompok yang lain ?


Abuirfan.

No comments: