6 Tips Mudah untuk menjawab peperiksaan

Selalu juga dengar pensyarah merungut tentang jawapan yang dikemukakan oleh pelajar dalam kertas jawapan yang tidak memuaskan. Ia bukan disebabkan mereka tidak tahu jawapan, tetapi persembahan jawapan yang tidak menggembirakan pemeriksa. Selain dari tahu kehendak peperiksaan, pelajar perlu tahu bagaimana mengambil hati pemeriksa agar mudah dia memberikan markah yang tinggi. 



1- Perhatikan kehendak soalan
Kehendak soalan perlu difahami oleh calon agar jawapan diberikan menetapi citarasa pemeriksa. Biarpun peringatan macam remeh sahaja, tetapi betapa ramai yang menjawab tanpa ikut kehendak soalan. Berdasarkan kepada pengalaman, lebih kurang 5-10% pelajar yang menjawab tidak menepati kehendak soalan. Timbulkan persoalan KENAPA PENSYARAH TANYA SOALAN INI?




2- Merangka jawapan bagi soalan esei

a. Perlu ada pendahuluan yang boleh menggambarkan keseluruhan jawapan.
b. Ada isi yang jelas - buat dalam bentuk point yang disebut dengan jelas dan kemudian diikuti dengan huraian


Contoh

Saya bersetuju dengan pandangan Dr Yusuf al-Qaradawi dalam isu ini disebabkan 3 faktor.


1- Ia bersesuaian dengan maqasid

Bla bla bla bla bla
Bla bla bla bla bla
Bla bla bla bla bla


2- Ia bersesuaian dengan keperluan

Bla bla bla bla bla
Bla bla bla bla bla
Bla bla bla bla bla


c- Penutup

Buatkan kesimpulan atas jawapan yg diberikan.


3- Jawab berdasarkan kepada kadar markah yang diberi

Banyak kes yang ditemui, markah yang banyak tetapi jawapannya sedikit dan begitulah sebaliknya.


4- Tulisan jangan buruk atau sangat lawa sampai tidak boleh dibaca.

Pemeriksa bukan marking jawapan anda seorang sahaja. Yang penting bukan tulisan sahaja tetapi design jawapan yang tersusun. 


5- Persembahan jawapan yang menarik

Persembahan jawapan yang antam keromo dan struktur jawapan yang berterabur akan memeningkan pemeriksa dan ini akan mengurangkan markah. 


6. Doakan untuk rakan-rakan yang lain

Antara doa yang mustajab ialah kita mendoakan kejayaan untuk orang lain dengan menyebut nama sorang-sorang kawan-kawan. Nabi menyebutkan apabila kita berbuat demikian, malaikat akan mengaminkan dengan berkata "engkaupun dapat sama". Tidak rugi kita mendoakan untuk orang lain kerana malaikat akan mengaminkan dan mendoakan untuk kita. Apabila kita mendoakan kejayaan untuk 10 orang, malaikat mengaminkan dan mendoakan 10 kali untuk kita. 

Post a Comment

0 Comments