Sinopsis
Punca (tidak sebenar)
Kepentingan politik antarabangsa
US
Krisis Mesir yang berlaku berpunca ekoran TERJEJASNYA kepentingan sekurang-kurangnya LIMA pihak dibawah. Mereka ialah:
1- Kepentingan Israel
2- Kepentingan politik antarabangsa US
3- Kepentingan negara Arab
4- Kepentingan tentera Mesir
5- Kepentingan Majlis Tertinggi Kehakiman Mesir
Latar Belakang Isu
Pada 4 Julai 2013, kerajaan Mesir yang dipimpin oleh Dr. Mursi, yang dilantik secara demokrasi pada 24 Jun 2013 telah pun dirampas oleh tentera Mesir yang diketuai oleh Jeneral Fattah al-Sisi. Ekoran dari rampasan ini, penyokong Mursi telah mengadakan bantahan dan berhimpun bagi menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan Mursi di seluruh negara terutamanya di dua tempat penting di Cairo iaitu di Medan Rabaah dan Dataran Nahdah. Bantahan aman itu berjaya mengumpulkan sehingga lebih dari 5 juta rakyat dan sebagai tanda sokongan mereka terhadap Mursi, mereka telah terus berada secara berterusan di kedua tempat itu sehingga berlaku trajedi 15 Ogos apabila pihak tentera telah berusaha menyuraikan himpunan itu secara kekerasan. Pada pagi 15 Ogos, operasi yang bermula 6 pagi hingga ke malam, tentera telah membunuh lebih dari 2,000 orang dan mencederakan lebih dari 10,000 orang. Angka kematian setakat 17 Ogos meningkat kepada 5,000 orang.
Pada 4 Julai 2013, kerajaan Mesir yang dipimpin oleh Dr. Mursi, yang dilantik secara demokrasi pada 24 Jun 2013 telah pun dirampas oleh tentera Mesir yang diketuai oleh Jeneral Fattah al-Sisi. Ekoran dari rampasan ini, penyokong Mursi telah mengadakan bantahan dan berhimpun bagi menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan Mursi di seluruh negara terutamanya di dua tempat penting di Cairo iaitu di Medan Rabaah dan Dataran Nahdah. Bantahan aman itu berjaya mengumpulkan sehingga lebih dari 5 juta rakyat dan sebagai tanda sokongan mereka terhadap Mursi, mereka telah terus berada secara berterusan di kedua tempat itu sehingga berlaku trajedi 15 Ogos apabila pihak tentera telah berusaha menyuraikan himpunan itu secara kekerasan. Pada pagi 15 Ogos, operasi yang bermula 6 pagi hingga ke malam, tentera telah membunuh lebih dari 2,000 orang dan mencederakan lebih dari 10,000 orang. Angka kematian setakat 17 Ogos meningkat kepada 5,000 orang.
Rampasan kuasa ini berpunca
dari ketidakpuasan hati pihak pembangkang terhadap pemerintahan Mursi dengan
dakwaan ekonomi negara itu semakin buruk dan rakyat semakin menderita. Mereka
mendakwa Mursi gagal membawa perubahan sebagai mana yang diharapkan oleh Revolusi
rakyat Mesir pada 2011 setelah 6 bulan menjadi presiden untuk menjaga kebajikan
rakyat miskin dan mengawal tekanan taraf hidup rakyat miskin di Mesir. Ekoran
tidak puas hati ini, pihak pembangkang telah mempengaruhi dan menghasut rakyat membenci
kerajaan Mursi dengan membesar-besarkan isu yang sengaja mereka bangkitkan.
Sekurang-kurangnya 6 Channel TV Mesir yang dikuasai oleh pembangkang dan media
antarabangsa termasuk media cetak telah menyiarkan berita-berita yang
memburukkan Mursi dan memperkecilkan usaha pembaharuan yang dilakukan oleh
Mursi.
Soalnya, adakah dakwaan kegagalan
itu boleh diterima akal, sedangkan
- Dalam tempoh 6 bulan, apakah perubahan ekonomi yang boleh dilakukan oleh Mursi? Takkanlah kesan pemernitahan Hosni Mubarak selama 30 tahun dapat diubah dalam masa 6 bulan sahaja.
- Mesir mengalami krisis perlembagaan yang menyebabkan usaha pembaharuan Mursi terbantut.
- Penyokong Mubarak melakukkan sabotaj untuk menaikkan kemarahan rakyat. Contohnya, para pengusaha kedai minyak tidak menjual minyak kerana mendakwa kehabisan minyak sehingga berlaku krisis minyak yang sangat meruncing.
- Mereka mengupah samseng untuk melakukan kekacauan. Tujuannya ialah untuk memastikan keadaan politik di Mesir sentiasa tegang dan kerajaan Mursi tidak stabil.
Punca sebenar
Rampasan kuasa berpunca dari kepentingan
kalangan ramai pihak yang tejejas ekoran kejatuhan Mubarak. Berikut adalah
beberapa kepentingan beberapa pihak-pihak yang terjejas dengan pelantikan Mursi
sebagai Presiden Mesir.
- Kepentingan Israel
- Kepentingan politik antarabangsa US
- Kepentingan negara Arab
- Kepentingan tentera
- Kepentingan Majlis Tertinggi Kehakiman Mesir
Kepentingan Israel
Mursi mengamalkan dasar luar yang
menentang Israel
- Membuka sempadan Mesir Palestine yang ditutup semasa pemerintahan Mubarak bagi membenarkan bantuan dan aktiviti ekonomi rakyat Palestine.
- Berdiri teguh dibelakang kerajaan Palestine pimpinan Hamas dan bukan sebagai perantara antara Palestine dan Israel. Ini kerana Hamas adalah saudara kembar Ikhwan Muslimin.
- Menghentikan pembekalan gas asli ke Israel yang telah berjalan di bawah pemerintahan Mubarak selama 20 tahun (1991-2011).
- Memanggil duta Mesir di Israel balik apabila Israel membuat serangan udara ke Palestine pada hujung 2012.
- Memanggil campur tangan Arab dan antarabangsa bagi menghentikan keganasan Israel.
Ikhwan muslimin mempunyai
cita-cita untuk menegakkan Islam bermula dari individu Islam, rumah tangga
Islam, masyarakat Islam, Negara Islam dan perluasan Islam ke seluruh dunia.
Cita-cita ini sangat berbahaya kepada kuasa besar dunia, khasnya US dan
sekutunya. Dalam satu kajian perisikan US yang ditulis oleh Cheryl Bernard
(2004), beliau telah menjelaskan mana-mana pihak yang berpegang dengan idea
politik Islam dan Negara Islam akan ditentang oleh US khasnya yang membawa
pendekatan keganasan. Beliau menamakan gerakan Hamas. Sungguhpun Mursi sebagai
Presiden dan melucutkan dirinya sebagai ahli Ikhwan, tetapi bagi US, Mursi
tetap membawa aspirasi Ikhwan yang tidak boleh dipisahkan dari usaha untuk
menegakkan kerajaan yang melaksanakan perundangan Islam. Ini tidak digemari
oleh US kerana bertentangan dengan kepentingan mereka kerana mana-mana pihak
yang mempunyai cita-cita menubuhkan Negara Islam semua tidak akan mesra dengan
US.
Kepentingan tentera
Ada pandangan yang mengatakan
bahawa kejayaan Arab Spring di Mesir pada 2011 turut disokong oleh tentera
kerana bagi mereka Mubarak perlu ditukar dan orang baru diperlukan. Walaupun
pada zahirnya adalah rakyat tetapi dibelakangnya adalah kuasa tentera. Setelah
Mursi menjawat sebagai presiden, kepentingan tentera tidak dijaga oleh Mursi
kerana usaha Mursi untuk mengurangkan kuasa tentera. Menurut satu analisis, kepentingan 40% penguasaan
ekonomi Mesir dan bantuan tahunan US 1.3 Bilion yang disalurkan terus kepada
tentera sukar untuk dilepaskan oleh kuasa tentera. US pula memerlukan tentera
untuk melaksanakan dasar mesra dengan Israel. Usaha rampasan ini dipercayai ada
kaitan dengan mainan US yang tentunya tidak akan merelakan tentera berada dibawah
mana-mana pihak termasuk presiden. Hakikatnya, sejak dari zaman presiden Gamal
Abd Nasir, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak, semua kerusi presiden dan dasar-dasar
negara dipengaruhi atau paling tidak, dibayangi oleh tentera. Ramai yang
percaya bahawa kerajaan atau pemerintah yang naik selepas ini mesti menjadi
boneka kepada tentera.
Kepentingan
Negara Arab
Mursi
yang dibayangi dengan Ikhwan Muslimin telah memberi seribu macam sangka buruk
terhadap kerajaan Mesir di kalangan negara Arab. Hampir semua negara Arab
mempunyai pengalaman buruk berhadapan kumpulan Islam yang membawa ideologi
Ikhwan yang menyeru ke arah penubuhan sebuah Negara Islam. Kemenangan Mursi
sebagai presiden menerusi sistem pilihanraya yang demokratik menakutkan negara Arab yang rata-ratanya mengamalkan sistem monarki dan rata-ratanya mereka
bersikap keras dengan golongan Islamis di dalam negara mereka. Mereka terpaksa
bertindak sedemikian kerana tidak mahu kepentinan politik dan ekonomi mereka
terjejas kerana mereka merupakan sekutu atau sekurang-kurangnya mesra dengan
barat. Hal ini nampak jelas apabila Amir Emirate (UAE) dan Raja Saudi
mengucapkan tahniah kepada tentera yang telah menjayakan misi menjatuhkan
Mursi. Malah setiap mereka berjanji menghulurkan bantuan sebanyak 3 dan 5
Billion USD kepada Mesir.
Kepentingan Majlis Tertinggi Kehakiman
Mesir
Mursi
dilihat cuba memonopoli kuasa setelah beliau mengumumkan dekri presiden pada
November 2012. Majlis Tertinggi Kehakiman menyifatkannya sebagai satu serangan
tidak pernah berlaku ke atas badan kehakiman di negara tersebut. Pada awal
Disember 2012, Mursi membuat keputusan untuk membatalkan dekri itu selepas
berlaku pertempuran antara penyokong dan penentang beliau. Menjelang pungutan
suara draf Perlembagaan pada 15 Disember 2012 yang dirangka sepenuhnya oleh
parti Islam, Mesir sekali lagi dicemari protes ganas. Di sebalik kekacauan dan
protes itu, sebanyak 64 peratus penduduk Mesir menyokong draf Perlembagaan
tersebut. Antara kandungan draf Perlembagaan itu menjadikan undang-undang
Syariah kekal sebagai sumber utama perundangan manakala penganut lain seperti
Kristian dan Yahudi akan menggunakan agama masing- masing sebagai sumber
perundangan mereka serta tempoh jawatan presiden dihadkan kepada dua penggal
selama lapan tahun. Keputusan tersebut membuktikan sekali lagi kemenangan
Ikhwanul Muslimin selepas Mursi meluluskan Perlembagaan baru itu pada 26
Disember lalu. Mursi kini berhadapan cabaran untuk mendapatkan persetujuan bagi
melaksanakan langkah penjimatan. Beliau juga akan memperkenalkan insentif yang
akan menarik semula minat pelabur untuk menjalankan urus niaga di negara itu. (Sumber -Sinar harian)
Kesimpulan
Beberapa
pihak yang terjejas dengan pelantikan Mursi telah berusaha menghasut rakyat
bagi membenci Mursi dan kerajaannya bagi mencapai cita-cita politik mereka.
Setelah dilihat rakyat benar-benar menunjukkan kemarahan mereka, pihak tentera
telah mengambil tindakan merampas kuasa dari Mursi yang seterusnya melantik
orang baru sebagai pemerintah Mesir.
Muhamad Faisal Ashaari
Pensyarah
Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan
Fakulti Pengajian Islam, UKM.
Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan
Fakulti Pengajian Islam, UKM.
0 Comments