Halangan orang bukan Islam masuk Islam: Perspektif melayu

Halangan orang bukan Islam masuk Islam: Perspektif melayu.

Antaranya ialah:

1. Penukaran nama – Menurut persepsi kebanyakan orang melayu, penukaran nama mestilah dibuat kepada nama arab agar lebih nampak Islamnya. Ini salah kerana apa yang penting ialah memberikan nama yang mempunyai makna yang baik walau pun dalam bahasa yang bukan arab. Kalau ikutkan begitu, banyak nama melayu yang perlu ditukar sebab tiada bunyi arab, malah tidak membawa apa-apa makna dari segi bahasa arab. Contoh: Pandak, Meor, Leman dll.

2. Salam - Prejudis bila orang bukan Islam bagi salam. Terdapat di kalangan orang melayu yang melarang malah ada di kalangan mereka juga yang menjawab dengan cara yang tidak baik.

3. Gelaran / panggilan –
Gelaran muallaf diberikan kepada orang kafir yang memeluk Islam walaupun telah bertahun-tahun. Sedangkan, ia membawa maksud orang yang berjinak-jinak dengan Islam. Apakah mungkin ada muallaf melayu?
Muallaf vs mukallaf.

Panggilan saudara baru diberikan kepada mereka yang baru memeluk Islam. Ada di kalangan mereka yang kurang senang dengan istilah ini semacam ada saudara lama.

Istilah arab ialah kepada orang yang baru memeluk Islam ialah “muhtadi”

4. Sikap orang Islam yang terlalu berhati-hati tetapi sebenarnya tidak mendorong.

Melambatkan. Contoh: Kalau nak masuk Islam kena fikir habis-habis dulu (sampai banyak kali diulang). Kamu nanti akan kena solat 5 kali sehari, puasa sebulan dll.
Menakutkan contoh: Masuk jawi kena sunat. Kalau tak de surat pengesahan sunat dari doctor, tak boleh dapat kad Islam.
Menyusahkan. Contoh: Masuk Islam kena bawa saksi.
Menyusahkan. Contoh: Tidak membenarkan join kelas orang yg sudah masuk Islam.
Tidak bijak. Contoh: Tidak bagi masuk Islam kalau orang itu minta nak nak minum arak, judi. Kita tidak mengiakannya tetapi itu soal yang boleh dibincangkan kemudian.

5. Prejudis

Halau orang nampak muka macam cina dalam masjid.
Sindir. Contoh: nak masuk Islam sebab nak kahwin dengan awek melayu la tuh.

6. Salah faham

Tanggungjawab bimbing muallaf ialah pada PERKIM sahaja.


Beberapa catatan:

1. Convert vs Revert

2. Halangan ibu bapa
Sekiranya nak masuk Islam tetapi takut atau dihalang oleh ibu bapa, ada dua keadaan:
Kalau masih student atau perempuan – benarkan masuk Islam dulu dengan keadaan rahsia walaupun masih tidak bertudung atau kurang beramal Islam kerana ingin menjaga identity kerahsiaan mereka. Kalau mereka berterus terang, nanti akan banyak masalah sehinggalah mereka mempunyai masa yang sesuai untuk bagi tau.

Kalau sudah besar dan boleh berdikari – ikut kesesuaian.

3. Utamakan akidah berbanding syariat
Janganlah terlalu menyusahkan kerana apa yang penting ialah mereka betulkan akidah tauhid, kemudian diikuti dengan persoalan amalan atau fiqh. Sedangkan masuk kristian lebih mudah – masih boleh tinggal dengan ibu bapa, tak perlu tukar nama dll. Maka bijaksanalah kita dalam menjalankan dakwah.
Biarlah bila kita pergi memancing, kita tidak guna umpan yang kita suka ke tapi umpan yang ikan suka.






Post a Comment

0 Comments