Penyelesaian isu perkataan Allah: undang-undang dan dakwah

Cadangan penyelesaian isu perkataan Allah

Pertama: Dari sudut undang-undang.
Melarang penggunaan perkataan yang boleh mengelirukan umat Islam.

Undang-undang Malaysia tidak boleh mengubah amalan agama lain walaupun ia jelas bersalahan dengan akidah Islam. Ya, walaupun ada sesetengah pandangan di dalam Islam yang mengatakan tidak boleh mengungkapkan Allah merujuk kepada makna God di dalam agama kristian ia tidak boleh diselesaikan menerusi pintu undang-undang.

Kalau kita memutuskan bahawa mereka tidak boleh menggunakan perkataan Allah disebabkan pluralism, sesat, kufur dll yang semua itu bercanggah dengan akidah Islam, maka semua amalan yang dilakukan oleh bukan Islam semuanya bercanggah dengan Islam. Perlu dihalang. AKhirnya ia akan membawa kepada menghalang kebebasan beragama.

Sekali lagi diingatkan bahawa,
Membenarkan mereka bukan bererti mengiktiraf kebenaran mereka.
Membenarkan mereka bukan bererti secara mutlak. Ia juga tertakluk kepada undang-undang atau peraturan yang jelas (kena gubal) agar tidak mengelirukan.

Dengan cara ini, kita tidak mencampuri urusan agama mereka dan Alhamdulillah Perlembagaan Malaysia memperuntukkan agama lain tidak boleh disebarkan kepada umat Islam.


Kedua: Dari sudut dakwah.

Membenarkan mereka menggunakan perkataan Allah nya bukan lah bererti membiarkan mereka. Dari sudut dakwahnya, kita perlu kerap mengadakan dialog antara agama antara Islam dan bukan Islam.

Umat Islam pula perlu didedahkan dengan asas agama lain agar menerusi perbandingan ini umat Islam akan semakin mengukuh akidah mereka. Kita mendapati, amat jarang sekali orang Islam masuk kristian disebabkan pembelajaran akidah mereka sebaliknya umat Islam murtad disebabkan oleh charity, cinta dan kurangnya program pembentukan akidah kepada umat Islam.

Tingkatkan lagi usaha dakwah.

Apabila diputuskan bahawa tidak boleh disebut perkataan Allah kepada umat Islam, kenapa harus diberi keistimewaan kepada Sabah dan Sarawak? Kenapa mereka boleh sebut? Apakah kebenaran itu disebabkan oleh pernyataan akidah atau pun orang sana sudah tidak keliru?






Post a Comment

0 Comments