Isu Kalimah Allah: Isu agama atau lebih kepada isu politik?

Membangkitkan isu ini lebih kepada retorik.

Apa yang lebih perlu dihighlight kepada masyarakat Islam ialah

Selain dari isu Allah, banyak lagi isu yang melibatkan akidah seperti membawa kepada salah faham terhadap agama, syirik dan kufur. Kenapa kita tumpu satu isu sahaja dan meninggalkan isu yang lain. Contoh isu kalungan bunga pada tugu negara, isu bomoh guna jin, nombor ekor, hiburan keterlaluan, arak dll.

Musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan Islam. Sekiranya, mereka datang dengan cara yang kasar seperti mahu meruntuhkan masjid atau membakar al-Quran, orang Islam akan bangun menentang. Tetapi sekiranya mereka datang dengan cara yang lembut iaitu dengan cara menjauhkan orang Islam daripada masjid, melekakan mereka daripada mengingati Allah dengan pelbagai bentuk hiburan yang melekakan, menjauhkan orang Islam dari al-Quran dan sebagainya, perkara ini amat kurang disedari oleh orang Islam.

Umat Islam gagal dalam melaksanakan usaha dakwah kepada non Muslim. Pengetahuan kita tentang agama dan kepercayaan mereka amat dangkal yang menyebabkan kita tidak mengetahui kaedah dakwah kepada mereka. Pengajaran agama lain di masjid dipandang negative kerana masyarakat sering berpandangan “buat apa nak ajar agama orang lain sedangkan agama kita pun masih banyak yang tak tau”. Mereka tidak tau bahawa dengan pendedahan tentang agama lain lebih mengukuhkan akidah dan kepercayaan kepada akidah Islam.





Post a Comment

0 Comments