Non Muslim selesa dengan masjid ?

Harmoninya orang bukan Islam di dalam negara kita yang mungkin boleh dibanggakan ialah mereka berasa tidak terganggu dengan aktiviti seperti laungan azan, bacaan Quran dan aktiviti masjid. Tetapi aspek yang membimbangkan ialah keselesaan mereka dengan masjid itu tidak membawa mereka mendekati Islam. Mereka tidak terasa dengan kewujudan masjid. Ada macam tiada.

AJk masjid tidak mendekati mereka dan mengganggap masjid hanyalah untuk orang Islam sahaja. Malah mungkin dianggap janggal apabila masjid menganjurkan ramah mesra atau dialog dengan atau jamuan untuk penganut agama lain.

Sila baca lanjut kajian yang telah dijalankan di Selangor. Sila klik.

Dalam berhadapan dengan isu kalimah Allah, kita tidak mahu eksklusifnya kalimah Allah untuk orang Islam sahaja sehingga menyempitkan ruang untuk berdakwah. Manakala membenarkan penggunaan kalimah Allah secara terbuka pula pun sehingga membawa kekeliruan pun tidak wajar. Buatlah pertimbangan yang berhikmah.

UNTUK MERUNTUHKAN ISLAM, JANGAN RUNTUHKAN MASJID. TETAPI JAUHKANLAH MEREKA ITU DARI MASJID.








Post a Comment

0 Comments