Rasulullah merupakan pesuruh Allah yang menjadi kewajipan kepada kita orang Islam untuk mengikutinya dari segenap seginya. Oleh sebab itu, segala perbuatannya dan perkataannya dan juga pengakuannya telah menjadi sumber hukum di dalam perundangan Islam.
Namun, ramai yang meyakini bahawa mengikuti Rasulullah itu hanya dengan mengikuti sunnahnya tetapi kurang sedar bahawa mengikuti Rasulullah itu ialah dengam mengikuti segala perkara yang wajib dan mengamalkan perkara yang sunat. Manakala perkara yang haram itu dijauhkan dan perkara yang makruh itu ditinggalkan.
Perkara yang menjadi kemestian kepada orang Islam ialah mengamalkan yang fardu/wajib dan yang sunat. Manakala yang amalan sunnah itu merupakan amalan yang amat digalakkan kepada orang Islam mengamalkannya sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah. Namun, ia bukanlah sampai tahap wajib.
Tujuan tulisan ini bukanlah untuk menafikan dan menidakkan amalan sunnah, tetapi untuk membetulkan keutamaan sesetengah orang Islam dalam hal yang bersangkutan dengan mengikut Rasulullah. Amalan sunnah diamalkan tetapi perkara yang wajib ditinggalkan.
Ini samalah juga dengan gesaan untuk mengambil panduan dari al-Quran. Masyarakat pening, tang mana yang nak diambil. Sebenarnya, apa yg perlu diambil dari al-Quran itu, ialah dengan mencari perkara yang wajib dan kemudian yang sunat untuk diamalkan. Manakala yang makruh dan haram itu perlu ditinggalkan.
Di sinilah pentingnya ilmu method fiqh / usul fiqh untuk mengeluarkan dan mengenalpasti hukum-hukum yang berkenaan.
1 Comments