Muzakarah Ulama / Ustaz-ustaz Sepang

25 April 2010
Ahad Malam Isnin
9.30 malam
Dewan Masjid Bandar Baru Salak Tinggi

Topik perbincangan

Topik 1: Kedudukan surau jumaat: Surau atau masjid?. Sila klik.
Masalahnya: apa yang diputuskan oleh fatwa di Malaysia berbeza dengan apa yang disebut oleh Ulama (Syafie) di dalam kitab mereka yang muktabar.
Dibentangkan oleh: Ustaz Irwan Subri

Topik 2: Hukum makan telur yang tidak dibasuh. Sila klik.
Biasa kita mendengar bahawa telur itu keluar daripada punggung ayam, maka hukumnya bernajis.
Tetapi menurut pandangan sebahagian ulama dan yang ditarjihkan oleh al-Qaradawi bahawa tahi binatang yang dimakan dagingnya tidak bernajis. Terdapat 13 hujah yang menyokong pandangan ini.
Dibentangkan oleh: Ustaz Muhamad Faisal Ashaari

Topik 3: Merahsiakan keaiban wanita (seperti wanita yang pernah dirogol) atau memberitahu tentang halnya kepada bakal suaminya. Sila klik.
Masalahnya: Saidina Omar memarahi seorang sahabat yang mendedahkan aib saudara perempuannya apabila ingin dipinang oleh seorang lelaki.
Dibentangkan oleh: Ustaz Harme Aman Razali

Topik 4: Anak hasil daripada rogol. Sila klik.
Bolehkah anak anak itu ingin dibin kan kepada selain dari Abdullah?
Bolehkah anak itu digugurkan?
Kalau yang dirogol itu perempuan yang sudah berkahwin, kalau ia dirogol, dapat anak, anak itu nak dibinkan kepada siapa?
Dibentangkan oleh: Ustaz Harme Aman Razali

Topik 5: Berkahwin dengan perempuan bawah umur. (Kalau sempat)
Hujahnya ialah Rasulullah berkahwin
Dibentangkan oleh: Ustaz

Para ustaz dan semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Komen dari seorang doktor haiwan dari UPM

On 4/15/10, dR. nATe wrote:
> Assalamualaikum wrth
>
> Tertarik dengan topik ke 2 berkenaan dengan basuh telur ayam. sekadar nak berkongsi, mungkin tak berkaitan sangat dengan hukum tapi masa belajar dulu pensyarah kelas kesihatan umum ada bagitau. Telur ayam kalau dibasuh akan menyebabkan patogen di luar telur tu (bakteri/virus dll) akn meresap masuk ke dalam telur tu. Sebab cengkerang telur ni ade liang-liang seni yang membenarkan telur tu 'bernafas'. Air basuhan tu akan jadi medium mengangkut utk patogen ni masuk ke dalam telur yang memang sangat kaya dengan nutrien untuk bakteria dan virus membiak. Cuma kalau basuh sebelum masak ok rasenye sebab kadar waktu yang cepat, kalau basuh lepas tu simpan yang xelok.
>


Post a Comment

2 Comments

Salam

Sayang tak sempat pergi.. Ada program lain pd malam tersebut. Walhasil bravo..

Ada beberapa ta'liq pada kertas kerja yg disebutkan (khususnya berkaitan masjid yg merupakan bidang kajian MA ana sebelum ini), kat mana lebih bagus ana sampaikan ya?

Syukran
Anta boleh berikan komen terus kepada penulis kertas itu - ust irwan Subri - pensyarah USIM. Beliau boleh dihubungi melalui
irwanni@yahoo.com

jangan lupa cc kan juga pada ana.