JK antara agama (JKAA) vs JK dialog antara agama

1. Kenapa JKAA penting bagi non-Muslim?

Bagi non-Muslim, medium ini penting kerana ia merupakan saluran alternatif mereka selepas medium parti politik bagi menyuarakan perasaan dan pandangan mereka terhadap undang-undang, penguatkuasaan dan layanan yang dilihat tidak adil kepada mereka.
Menerusi pendekatan politik sama ada menerusi parti non-Muslim dalam dan luar kerajaan ada hasrat mereka yang tidak kesampaian, tetapi mungkin menerusi jawatankuasa ini, hasrat mereka itu tercapai.

2. Kenapa JKAA penting kepada Iiberalist?

Bagi golong liberal, mereka tidak mahu kongkongan daripada undang-undang yang berasaskan kepada agama. Sungguhpun ada yang bersumberkan agama, tetapi ia harus diukur dengan ukuran rasional atau sebaliknya. Bagi mereka, jawatankuasa ini penting untuk meneliti semula undang-undang dan peruntukan yang sedia ada sebagai batu loncatan untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang sekular.


3. Kenapa kumpulan melayu menentang dengan penubuhan JKAA?

Bagi kumpulan melayu (baca; yg ekstrim dan yg jahil) secara amnya, berinteraksi dengan bukan Islam ialah terlalu liberal kerana Islam dianggap hanyalah agama untuk mereka sahaja. Contoh: orang bukan Islam tidak merasa apa-apa dengan program masjid walaupun tinggal berhampiran dengan masjid dan isu orang bukan Islam tidak boleh masuk masjid.
Oleh sebab itu, penubuhan jawatankuasa ini dilihat sebagai satu ancaman kepada entity melayu kerana ada saluran rasmi yang boleh mempersoalkan kedudukan agama. Sokongan ini dikhuatiri boleh menyebabkan mereka menjadi tidak popular di kalangan pengundi melayu.

4. Kenapa penting kepada kumpulan Islam?

Ia merupakan wahana dakwah yang penting untuk berinteraksi dengan non-Muslim menerusi pintu agama. Ia merupakan salah satu peluang dakwah untuk berinteraksi dengan pendita, paderi, tok sami dan sebagai bagi mengetahui pandangan yang berasaskan agama mereka di dalam sesuatu isu.

Sungguhpun risiko yang mungkin diterima ialah boleh menggugat kedudukan Islam, tetapi risiko yang mahal itu boleh dibayar dengan usaha dakwah yang dijangka mendapat pulangan yang baik, sama ada dalam masa terdekat atau masa akan datang.

Untuk itu:

1. Jawatankuasa antara agama ini perlu menjadi medan dialog bukan sebagai badan penasihat kepada kerajaan dalam menggubal sesuatu undang-undang negara. Maka, nama perlu ditukar kepada “Jawatankuasa DIALOG antara agama”.

2. Jawatankuasa ini perlu dipengerusikan oleh orang Islam yang mempunyai kepakaran di dalam bidang dakwah dan perbandingan agama.

3. Jawatankuasa mendengar pandangan dan penjelasan dari wakil yang berautoriti di dalam agama masing-masing berdasarkan kepada apa yang terdapat di dalam buku suci mereka. Inilah yang membezakan jawatankuasa ini dengan jawatankuasa yang lain kerana ia boleh memberikan input dari sudut agama. Kalau input yang ingin diberikan itu hanyalah pandangan yang berasaskan rasional, maka sudah terdapat banyak medium yang lain seperti dewan rakyat, dewan negara, dan sebagainya. Maka jawatankuasa ini tidak perlu.

Amat tidak wajar sekali jawatankuasa ini dijadikan sebagai batu loncatan kepada mana-mana NGO dan individu yang liberal dan sekular untuk berkokok dalam menangani isu-isu di dalam negara ini. Sebagai contoh; isu sebatan Kartika, alasan yang diberikan adalah tidak adil dan mengaibkan dan terlalu keras.

Menerusi medium ini, segala salah faham yang berlaku boleh diselesaikan menerusi gereja, biara, tokong dan sebagainya di mana pihak berautoriti di dalam agama masing-masing boleh memberikan penjelasan dan penerangan. Kalau dalam isu Kartika ini, medium tempat ibadat mereka boleh dijadikan medium menjelaskan bagaimanakah undang-undang Islam (negeri Pahang) itu dilaksanakan dan apa hikmahnya. Nampaknya NGO liberal yang beria-ria menonjolkan isu dan menghighlightkan ketidak adilan dan sebagainya.





Post a Comment

0 Comments