Globalisasi memberikan banyak cabaran kepada Islam berbanding dengan agama lain kerana agama lain hanyalah dalam aspek moral individual sahaja sedangkan Islam merupakan agama yang menyeluruh. Menerusi globalisasi, masyarakat semakin majmuk dan kerencaman masyarakat sukar sekali dielakkan.
Di dalam sesebuah masyarakat yang majmuk, masing-masing kurang berminat atau keberatan untuk menonjolkan kepercayaan atau amalan agama apatah lagi untuk menyatakan agama kamu salah dan agama aku betul. Akhirnya agama menjadi hal yang bersifat peribadi sahaja, bukan lagi bersifat masyarakat.
Kenapa orang lain mesti mengikut kita?
Kenapa kita mesti ikut orang lain?
Atas dasar agama?, atas dasar lojik?
Kenapa mahu dipaksakan agama pada orang lain? kerana masing-masing sudah boleh berfikir sendiri, mana yang betul dan mana yang salah. Justeru, masing-masing menyepi diri dari mengetengahkan pandangan agama untuk kehidupan manusia. Untuk mencari panduan kehidupan, sebelahkan dulu agama, kita berbincang dengan akal kita apa yang baik untuk kita.
Oleh kerana tiada siapa yang betul dan yang salah, maka semuanya betul. Sesuatu keputusan diputuskan dengan angkat tangan, itulah demokrasi. Atas dasar ini, barat mengagongkan demokrasi dengan kata lain mempertuhankan akal manusia.
Namun, di sebalik pendekatan memanfaatkan akal, mereka telah berjaya membangunkan banyak teknologi sehingga mereka menjadi negara maju. Perkataan yang selalu digunakan bagi melambangkan kemajuan ini ialah MODERN.
Moden ialah penggunaan akal dan rasional.
Oleh sebab itu, bila sudah mencapai kemodenan, agama diketepikan.
0 Comments