Monday, November 15, 2010

Korban - menurut fahaman orang melayu

Korban adalah perkataan daripada Bahasa Arab yang membawa makna “dekat”, yang berasal daripada parkataan Qurban (قربان). Ini bermakna ibadat korban yang dilakukan itu adalah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Menurut hadis, pahala orang yang melakukan korban itu besar iaitu mendapat pengampunan dari Allah sebelum darah haiwan itu menerjah bumi.

Namun dalam bahasa melayu, apabila disebut korban (sempena Hari Raya Aidiladha), ia membawa maksud sembelihan binatang seperi kerbau dan lembu. Agak pelik apabila disebut untuk korban ayam.

Pengunaan ini dalam bahasa melayu ini dipercayai diambil daripada ayat quran yang mengisahkan dua orang anak nabi Adam yang mengemukakan Qurban. Salah seorang daripada mereka diterima, dan seorang lagi ditolak. Namun, dalam membicarakan bab sembelihan ini, para ulama tidak menggunakan perkataan qurban tetapi menamakan dengan udhiyyah (أضحية). Ia perkataan yang lebih specific maknanya yang merujuk kepada ibadat korban sembelihan, tetapi orang melayu menggunakannya merujuk kepada hari raya adha.

Masalahnya ialah, sesetengah orang mungkin berasa sudah berpuas hati dengan ibadat korban yang dilakukan kerana ia telah memenuhi tuntutan Islam dan tidak perlu lagi bersusah payah kerana agama. Inilah masalah apabila terjemahan daripada perkataan arab itu membawa maksud yang berbeza dengan bahasa melayu. Mungkin perkataan “korban” yang digunakan dalam bahasa melayu itu patut untuk ditambah dengan “korban sembelihan” untuk lebih menjelaskan makna korban disini ialah ibadat sembelihan.

Korban dengan erti “sanggup bersusah payah demi agama” yang dalam bahawa arabnya ialah Jihad. Sesiapa yang berkorban, pasti akan terkorban.

Nabi Ibrahim benar-benar berjihad dan bersusah payah kerana mengorbankan perasaannya kerana menuruti perintah Allah. Dia telah yakin dengan janji Allah.

Selain dari "korban" terdapat beberapa perkataan lain yang apabila diterjemahkan dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu, ia membawa erti yang belainan dari penggunaan asalnya.

Contoh: kitab, muhrim, dan .....

Makna kata, isu melayu dan Islam ialah isu kefahaman agama yang dangkal yang membawa kepada salah faham tentang agama.