Monday, December 20, 2010

Hijrah dan parti Islam

Hijrah bukan sekadar berpindah tetapi intipati hijrah ia adalah tindak balas yang terhasil dari tentangan terhadap Islam.

Respon yang sangat negatif terhadap Islam dari kaum Mushrikin menyebabkan suatu tindakan strategik yang perlu diambil untuk mempertahankan Islam dan kelansungan perjuangan Islam.

Persoalannya, kenapa Rasulullah yang digelar sebagai al-Amin, akhirnya ditentang, dihina, dikutuk, dicop sebagai ajaran sesat, orang gila dan sebagainya.

Logiknya, bila ajak orang buat baik, akan diterima oleh semua pihak. Apatah lagi menentang kezaliman, menghapuskan penzinaan, membebaskan dari perhambaan kepada benda dan manusia kepada perhambaan kepada Allah. Semua tu benda baik. Takkan orang nak buat baik pun dimarahi.

Tetapi resam perjuangan Islam seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah menerusi Hijrah, lagi buat benda baik, lagi orang tak suka sehingga mereka bertekad untuk membunuhnya dan memaksanya berhijrah.

Makna kata, kalau buat baik, semua orang suka - maknanya belum lagi bersesuaian dengan sunnah perjuangan Rasulullah. Masih ada yang belum kena.

Solat pun boleh, zina pun ok, puasa pun digalakkan, minum arak pun dibenarkan. Haji pun diuruskan, konsert gay pon dibawa masuk.. emmmmm. Jauh panggang dari api.

Bagaimana pula dengan usha mendapat undi pilihanraya menerusi parti Islam. Tentunya, parti ini perlu berpegang dengan prinsip Islam. Bukan asal nak dapat undi sahaja.
hhhhmmmm...