Monday, February 14, 2011

Pergi surau kerana minat dan memenuhi keperluan

Peminat bola sepak akan bersusah payah berkejar ke stadium walaupun bersesak dengan penonton yang lain dan terpaksa membeli tiket dengan harga yang mahal.
Sorang bapa pergi ke kedai runcit untuk membeli barangan keperluan.
Seorang kerani pergi ke pejabat untuk memenuhi tanggungjawabnya di sana.

Oleh kerana peminat bola, bapa dan kerani mempunyai minat dan kepentingan maka mereka pergi ke tempat tersebut.

Kalau tiada kerana minat, buat apa pergi ke Stadium.
Kalau tiada kerana keperluan, buat apa pergi ke kedai.
Kalau tiada kerana gaji, buat apa pergi ke pejabat.

Sekiranya kita menggunakan premis demikian, kita boleh mengatakan bahawa orang yang tidak pergi ke surau, memang tiada minat terhadap Islam dan merasa tidak perlu kepada Islam.

Buat apa pergi, kalau tiada apa-apa kepentingan.

2 comments:

PeRiNdU SyAhId said...

mgkn tiada kesedaran.... ada juga yg menganggap masjid adlh tmpt org baik2 jew....

PeRiNdU SyAhId said...

mgkn tiada kesdaran... ttg fungsi masjid.