Tuesday, October 15, 2013

Kenali sup kawarik kaki lembu

Biasanya ketika musim korban, bahagian kuku kaki dibuang begitu sahaja kerana ramai yang tidak tahu keenakan rasa sup kuku yg dikenali ditanah arab dengan kawarik. Mungkin mereka tidak pernah menikmatinya dan tidak tahu cara membuatnya. Sempena musim korban ni, jangan lupa ambil 4 kaki lembu dan cuba try test. Insya Allah, tidak akan lupa setiap kali musim korban peminatnya akan mencari kaki lembu berbanding tulang lembu. Kalau di pasar harga satu kaki RM5, tetapi ketika musim korban, mereka tidak kisah kalau kita minta kaki.
 
Di sini, ada beberapa langkah untuk memproses sup kaki lembu.


Langkah 1

Membakar kaki lembu hingga jadi hitam legam. Boleh gunakan dapur gas atau kayu api biasa. Yang penting ialah bahagian keseluruhan kaki itu terbakar untuk memastikan semua bulu kaki terbakar hitam.


Langkah 2 

Mengikis keseluruhan bulu/kulit yang hitam terbakar. Arang yang terdapat pada kaki itu tidak elok dimakan kerana ia membawa kepada ...





Langkah 3

Membuang "kasut" kaki lembu. Terdapat lapisan yang agak keras pada bahagian kuku yang perlu dibuang. Ia seperti kasut kepada kaki lembu berkenaan.



Langkah 4

Setiap kaki lembu mempunyai dua kuku. Belah dua antara dua kuku dan potong sendi keduanya. (p/s - ada beza antara "belah dua" dan "potong dua".





Langkah 5 

Memotong bahagian kuku dan membersihkan keseluruhan bahagian. Pastikan tiada sebarang bulu masih melekat, termasuk juga 



Langkah 6 

Masak guna pressure cooker selama 2-3 jam. Jangan lupa masukkan juga sup bunjut. Kalau guna periuk biasa, mungkin makan masa 2 hari kerana memasaknya mengambil masa yang lama. Alhamdulillah, pressure cooker dapat menjimatkan masa.



Mari makan



Kalau ada masak, jangan lupa ajak.

No comments: