Tuesday, January 21, 2014

Kalau tak kenal Rasulullah, macam mana nak berselawat

Mari kenali Rasulullah dan berselawat ke atas baginda. 

Pernah tak ketika MAKAN atau KESYUNYIAN anda teringat mak, ayah, suami, isteri atau sapa2 lah yg anda sayang? 

Apa yg anda ingat tentang mereka? 

Mungkin anda terkenangkan saat2 indah bersama mereka, begitu juga kenangan duka dan pahit bersama mereka atau yg telah mereka lalui. 

Kenapa anda teringat mereka? 

Mereka sangat rapat dengan anda, walaupun kejauhan di mata, tetapi dekat dihati. Anda mmg kenal mereka dan anda mmg mesra dengan mereka. Kalau tidak, mana mungkin anda boleh teringatkan mereka, apatah lagi ketika makan. Anda memang kenal hati budi mereka dan anda tahu jasa mereka, malah anda faham benar citarasa dan kesukaan mereka. Anda dapat selami perasaan mereka. 

Ya, semua itu mendorong anda mengingati mereka. 

TETAPI, ADAKAH KITA MEMPUNYAI SIKAP YG SAMA SEPERTI DI ATAS DENGAN RASULULLAH? 

Jika kita kenal dan rasa rapat dengan Rasulullah, maka kita akan mengenangkan baginda. Oleh kerana baginda telah lama pergi meninggalkan kita, kita hanya mampu titipkan selawat kepada baginda. 

Kalau kita tak tahu baginda suka pakai apa, suka makan apa, suka bersahabat dengan siapa, dan kita tidak faham apa yg baginda perjuangkan, malaj tidak pernah baca atau ambil tahu kisah suka duka baginda, memang kita TIADA terdorong untuk berselawat ke atas baginda Rasulullah.

Kisah Bilal bin Rabah - Tidak mampu untuk azan ketika menziarahi semula Madinah setelah kewafatan Baginda Rasulullah.

Kisah Abu Ayyub al-Ansari - Memberikan Rasulullah tempat tidur di bawah

Kisah Jabir bin Abdillah - Menjamu Rasulullah Perang Khandaq

Kisah Salman al-Farisi -

Kisah batang kurma yang menangis 

Kisah khabbab bin alarat