Saturday, March 1, 2014

Dua Sebab Kemarau

1- Mengurangkan sukatan dan timbangan. Walau pun ia semacam hanya pada peniaga, tetapi ia meliputi orang yg mengelat, culas dan suka mengulat di tempat kerja. 

2- Tidak membayar zakat. 

أخرج ابن ماجه والبيهقي عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال: أقبل علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: يا معشر المهاجرين ، خمس إذا ابتليتم بهن وأعوذ بالله أن تدركوهن ، لم تظهر الفاحشة في قومٍ قط حتى يعلنوا بها إلا فشا فيهم الطاعون والأوجاع التي لم تكن مضت في أسلافهم الذين مضوا ، ولم يَنْقصوا المكيال والميزان إلا أخذوا بالسنين وشدة المئونة وجور السلطان عليهم ، ولم يمنعوا زكاة أموالهم إلا منعوا القطر من السماء ، ولولا البهائم لم يمطروا ، ولم ينقضوا عهد الله وعهد رسوله إلا سلط الله عليهم عدوا من غيرهم فأخذوا بعض ما في أيديهم ، وما لم تحكم أئمتهم بكتاب الله ويتخيروا مما أنزل الله إلا جعل الله بأسهم بينهم

Daripada Ibn Omar, dia berkata, Rasulullah telah datang kepada kami dan berkata: wahai sekalian orang Muhajirin, lima perkara apabila menimpa kamu - Aku berlindung dari Allah dari menimpa kamu. Iaitu 
1- Tidak berlaku kemaksiatan pada sesuatu kaum yang mereka lakukan secara terang-terangan melainkan akan tersebar di kalangan mereka penyakit taun dan kelaparan yang tidak berlaku kepada umat sebelum ini. 
2- Tidak berlaku pengurangan sukatan dan timbangan melainkan mereka akan ditimpa dengan kemarau, kesusahan dan kezaliman pihak berkuasa terhadap mereka.
3- Tidak berlaku keengganan bayar zakat melainkan mereka tidak diturunkan hujan dari langit. Kalaulah tidak kerana binatang yang melata, Allah tidak turunkan hujan ke atas mereka. 
4- Tidak berlaku pelanggaran terhdap janji Allah dan rasul Nya melainkan Allah akan utuskan ke atas mereka musuh yang bukan di kalangan mereka, lalu mengambil apa yang ada dalam tangan mereka. 
5- Selagi mana pemimpin mereka tidak meletakkan hukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan memilih apa yang Allah turunkan, Allah akan jadikan permusuhan/ peperangan di kalangan mereka. 

Dalam al-quran, Allah menyebutkan:
Mintalah ampun dari Tuhanmu, sesungguhnya Dia maha pengampun. Nescaya ia akan menurunkan hujan ke atas mu. Surah Nuh.