Terdapat di dalam Islam beberapa
pandangan ulama berkenaan hukum orang hilang yang meletakkan tempoh tertentu. Namun, untuk menghalusi setiap pandangan itu
perlu diteliti secara halus pelaksanannya yang boleh disesuaikan dengan keadaan
semasa. Berdasarkan kepada trajedi ini yang telah berlaku sejak 8 Mac 2014, secara
lojiknya mereka tiada lagi kesan hidup daripada mereka. Pada asasnya, kaedah menuntukan
orang hilang menggunakan asas ”mereka disahkan sebagai hidup, sehingga ada
tanda yang menunjukkan mereka mati”. Namun, dalam kes MH370 kaedah yang
sebaliknya diamalkan iaitu ”mereka dianggap sebagai mati, sehingga dibuktikan
mereka hidup”. Ia boleh dilihat dari 3 perspektif.
Pertama: Sifat kapal terbang yang apabila berlaku
sesuatu kerosakan, ia boleh menyebabkan jatuh terhempas. Kebarangkalian yang
kuat penumpangnya mati kerana selepas beberapa ketika tiada sebarang berita
dari mereka. Ia berbeza dengan kenderaan di atas daratan kerana sekiranya
rosak, penumpangnya tidak semestinya mati. Oleh sebab itu, ia mengambil hukum orang
hilang yang pada kebiasaannya tidak selamat. Ia berbeza dengan kes yang pada
kebiasannya selamat seperti hilang di Mekah, London dan sebagainya.
Kedua: Persiapan kelengkapan persenjataan dan kecanggihan
peralatannya menunjukkan persediaan setiap negara untuk mengawal wilayah mereka
dari dicerobohi. Sekiranya, MH370 melalui kawasan negara berkenaan, pastinya
mereka atau salah sebuah negara itu dapat mengesannya. Ini mengukuhkan lagi kedaan bahawa mereka boleh
dianggap sebagai mati.
Ketiga: Pandangan fuqaha selama 4 tahun juga
mengambil kira kedudukan alat perhubungan dan alat komunikasi yang ada pada
ketika itu. Kini peralatan yang semakin canggih, maka tempoh untuk mencari itu
boleh dipendekkan. Justeru, tempoh yang diberikan untuk mencari boleh
diijtihadkan seperti 6 bulan dalam kes ini untuk mengelak mudarat yang lebih
besar dan memudahkan urusan berkaitan dengan pusaka, dan sebagainya.
0 Comments