NAK KENYANG MESTI MAKAN, NAK PERPADUAN MESTILAH DENGAN SYARIAH

PERPADUAN adalah TUJUAN (maqasid) yang akan tercapai dengan melakukan WASILAH seperti berpegang dengan undang-undang, elak dari melakukan kekasaran, pergaduhan dan saling hormat menghormati. WASILAH itu ialah SYARIAH atau undang-undang Islam. 

Untuk mencapai TUJUAN, perlu melaksanakan WASILAH. Apabila mengajak manusia kepada perpaduan, ajaklah ia patuh kepada syariat. Bukan dengan mengajak perpaduan, tetapi mengabaikan tuntutan syariah. Tidak mungkin akan tercapai. 



PERPADUAN adalah INTANGIBLE iaitu perkara tidak dapat dicapai dengan mata kasar. Syariat pula adalah TANGIBLE iaitu perkara yang boleh dibuat iaitu dengan cara melaksanakan tuntutannya dan meninggalkan larangannya. 



Sebagai analogi, 
Manusia tidak boleh kenyang melainkan dengan makan. Maka kenyang adalah tujuan dari makan. KENYANG adalah MAQASID, MAKAN adalah WASILAH. 





Apabila kita ajak orang menjadi kenyang, maka ajaklah dia makan. Apabila kita mengajak kepada perpaduan, ajaklah mereka kembali mengikut peraturan yang dibawa oleh agama, Insya Allah perpaduan akan tercapai. Kalau kita mengajak kepada perpaduan, tetapi masih melanggar semua peraturan Allah, perpaduan tidak akan tercapai. Perpaduan yang dianjurkan oleh Islam ialah berpegang dengan tali Allah iaitu dengan syariatnya. 

Peperangan ada di dalam Islam. Malahan pada zaman Rasulullah, peperangan berlaku sebanyak 47 kali. Adakah Rasulullah tidak mengamalkan perpaduan dan berdamai terus dengan orang arab dan yahudi tanpa syarat? Tidak, Rasulullah mengajak mereka memeluk Islam dan berpegang dengan syariat Islam. Musyrikin telah menawarkan perpaduan kepada Rasulullah dengan syarat Rasulullah tinggalkan dakwah. Mana mungkin!!!

PERPADUAN ADALAH HIKMAH PENSYARIATAN ISLAM


Post a Comment

0 Comments