BEBERAPA KESALAHAN BIASA DALAM KAEDAH PENYELIDIKAN


Terdapat pelajar yang mengemukakan proposal penyelidikan mereka di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan UKM dan di sini saya paparkan perkara yang selalu menjadi masalah kepada pelajar. 


KAJIAN MEMBINA MODUL
Terdapat kecenderungan pelajar yang ingin mengkaji modul. Mengkaji modul ialah dengan cara menilai keberkesanan / mengkaji permasalahan dalam pelaksanaan modul yang sedang dilaksanakan / diamalkan itu. 

Sekiranya matlamat untuk membangunkan modul seperti membangunkan modul pengajaran untuk orang asli di kawasan luar bandar, maka yang perlu dikaji ialah masalah mereka atau kelemahan modul yang sedia ada. Dari dapatan kajian itu, pelajar boleh mencadangkan / membangunkan modul untuk mengatasi masalah itu atau menambahbaik kelemahan yang sedia ada. 


KAJIAN APLIKASI
Sifat kajian ialah untuk memahami sesuatu perkara dengan terperinci, bukan tujuan kajian untuk melaksanakan sesuatu perkara. Hasil dapatan kajian itu, barulah kita mencadangkan melaksanakan sesuatu. 

a.Penerapan modul pendidikan Islam di Sekolah Harapan Melaka; Kepentingan dan Implikasinya terhadap pelajar hamil luar nikah. 

b. Pendekatan Tazkiyyah Al- Nafs Menangani Postpartum Blues. Satu Kajian dalam kalangan wanita Hamil di Hospital Sungai Buloh. 

Dua contoh tajuk di atas adalah kurang tepat kerana mereka mereka ingin menerapkan modul dan menjadikan tazkiah nafs sebagai pendekatan menangani masalah. Sepatutnya kajian ini memahami masalah yang dihadapi oleh sasaran kajian / atapun amalan mereka yang sedia ada, kemudian mencadangkan tindakan yang sesuai. 

PUNCA MASALAH

Pelajar mungkin terlalu besar harapan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan inginkan kajian mereka dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Sifat kajian bukan untuk menyelesaikan masalah, tetapi ia membantu memahami isu dengan baik dan dengan demikian maklumat itu, pihak yang berkaitan akan melaksanakan sesuatu perubahan. Penyelidik bukan pegawai dan pembuat dasar. Ia hanya menyelidik dan memahamkan sesuatu isu dengan baik. 

LAIN-LAIN 

1. Tajuk kajian perlu ada variable yang membolehkan pembaca dapat tahu kandungan tesis berdasarkan kepada tajuk. Contohnya keberkesanan, pengamalan, pelaksanaan, dll. 

2. Antara tujuan penting kajian kuantitatif menerusi soal selidik ialah untuk "mengesahkan” sebab itu soalan yang ditanya ialah “ya, tidak” dan "setuju tak setuju”. 
Begitu juga kajian ini berutjuan untuk menguji teori yang berkaitan dan mengaitkan dengan variable. 

3. Antara tujuan penting kajian kualitatif ialah untuk mengkaji apa, bagaimana dan kenapa. Metodologi ialah interview, analisis kandungan dan pemerhatian. 

4. Metode kajian ialah dengan menganalisis dan mengkaji buku, jurnal dll di Perpustakaan PTSL, ..... Ini bukan metode kerana kalau buat mana-mana kajian, mestilah baca buku dll.

Post a Comment

0 Comments