Saturday, December 26, 2015

KENAPA DUNIA ISLAM SELALU DIKAITKAN DENGAN PERPECAHAN DAN PEPERANGAN?


Coretan sempena Multaqa Alumni Al-Azhar 16-18 Dis 2015, KL. (Siri 3)

KENAPA DUNIA ISLAM SELALU DIKAITKAN DENGAN PERPECAHAN DAN PEPERANGAN? Sehingga ia menjadi hujah yg sering digunakan untuk menghantam Islam. 

Sedarkah,
1- Syaitan tidak pernah senang dan tidak akan berdiam diri apabila melihat umat Islam melaksanakan ajaran Islam. 
2- Syaitan sentiasa berusaha untuk memastikan umat Islam berpecah belah. 
3- Syaitan berusaha untuk menjadikan orang Islam bersatu pun, bersatu atas dasar kebatilan dan menolak syariat.

Perpecahan dan perperangan adalah misi penting bagi syaitan dan salah satu objektif bagi mencapai matlamat menyesatkan manusia. 


Perpecahan adalah salah satu cara untuk membawa kesatan kepada manusia apabila masing-masing mempertahankan idea biarpun bertentangan dengan Islam. Ini adalah antara alasan kenapa dunia Islam tidak sunyi dari perpecahan dan peperangan. 


Perpaduan adalah hasil dari pelaksanaan syariat. Org musyrikin ingin berbaik dengan Rasulullah dengan syarat untuk baginda tidak memperjuangkan Islam. Baginda menolak mentah2 usaha mereka dan membacakan kepada mereka beberapa ayat dari awal surah Maryam.

Meskipun perpaduan merupakan aspek yg penting, tetapi Ia bukanlah perkara fokus kerana ia adalah matlamat akhir. Fokus dalam Islam ialah kepada wasilah iaitu pengembangan dakwah, amar makruf/ nahi mungkar dan pelaksanaan Islam dalam kehidupan. Perpaduan adalah hasil dan hikmah dari pelaksanaan Islam sebagai cara hidup. 

Perkara makruf, dakwah, kerja-kerja Islam memanglah ramai yg tidak suka seperti mana org kafir dan munafiq memusuhi Rasulullah. Bukan kerana baginda melakukan  perkara dosa atau mengajak melakukan perkara mungkar tetapi apa yg baginda usahakan itu berlawanan dengan nafsu manusia. Begitulah cabaran kepada org Islam sepanjang zaman.

Dakwah Rasulullah telah memecah belahkan perpaduan arab Quraish. Malahan peperangan dalam Zaman Rasulullah berlaku sebanyak 47 kali dan 27 kali darinya dipimpin oleh Rasulullah. Tugas org Islam ialah untuk mengajak manusia beriman kepada Allah dan menghapuskan dosa syirik dan kezaliman. Kerja ini akan ditentang oleh syaitan yang merupakan musuh manusia sepanjang zaman. 

Tuntasnya, Islam merupakan agama yg mengajak perpaduan, tetapi berteraskan prinsip dakwah dan syariat. Kerja syaitan ialah untuk menyesatkan manusia dan menghalang dari melaksanakan ajaran Islam. Kalaulah Islam tidak dilaksanakan dengan sempurna, bagaimana perpaduan akan tercapai? Kalau ada yang mendakwa wujud perpaduan, ia adalah atas dasar kebatilan. 


Coretan Siri 2: WASATIYYAH BUKAN KESEDERHANAAN
http://myfaisalonline.blogspot.com/2015/12/islam-tidak-perlu-disederhanakan-tetapi.html

Coretan Siri 1: PERPADUAN ADALAH MAQASID, BUKAN WASILAH
http://myfaisalonline.blogspot.my/2015/05/perpaduan-adalah-maqasid-syariah-adalah.html


1 comment:

prihatin said...

Assalamualaikum
Benar syaitan adalah musuh tradisi kita sejak dari syurga.
Dendamnya terus hingga kiamat untuk meramai pengikutnya dari manusia masuk neraka . Syaitan pengaruhi jin n manusia supaya jadi alat n bala tenteranya.
Dia goda semua kecuali yg ikhlas ibadat kepada Allah. Mudahan kita tergulung mereka yg ikhlas..mukhlisun.