Wednesday, March 23, 2016

KEGANASAN ADALAH TAJAAN BARAT UNTUK MELEMAHKAN ISLAM

Kegiatan keganasan dipercayai mendapat restu dan malahan boleh dikatakan ia adalah tajaan barat. Barat menuduh orang Islam sebagai daiesh dan melakukan keganasan menerusi pelbagai bentuk propaganda bertujuan untuk menakutkan orang Islam dari menjadi orang Muslim yang baik  dan menyederhanakan orang Islam. Terdapat pihak yang terpedaya dengan propaganda ini dan turut melaungkan seruan memerangi keganasan seperti yang dilakukan oleh barat. Musuh Islam memerangi keganasan untuk menghilangkan nilai tauhid, dakwah dan jihad dari diri orang Islam. 

Muslim yang baik pastinya akan berpegang prinsip dan nilai yang tidak sama dengan nilai Barat.



1- Adakah anda menerima konsep kebebasan mutlak? Kalau YA, bermakna anda setuju dengan LGBT dan tukar jantina. 

2- Adakah anda menerima kepercayaan tiada kebenaran mutlak? Kalau YA, bermakna anda setuju bahawa semua agama itu sama. 

3- Adakah anda menerima hak privasi yang tidak boleh diganggu? Kalau YA, bermakna anda tidak bersetuju dengan konsep dakwah dan amar makruf/ nahi mungkar yang merupakan asas penting di dalam Islam. 

4- Adakah anda menerima demokrasi mutlak? Kalau YA, bermakna anda menolak al-Quran sebagai asas dalam menentukan kebenaran. Ini kerana dalam demokrasi, kebenaran ditentukan berdasarkan kepada suara ramai. Ini berbeza dengan Islam yang menentukan kebenaran berteraskan kepada al-Quran melainkan dalam perkara yang tidak terdapat hukum di dalamnya. Tetapi masih lagi perlu berdasarkan kepada maqasid Islam. 

5- Adakah anda menerima sekularism ? Kalau YA, bermakna anda tidak bersetuju dengan agama yang sifatnya mengikat manusia. Sekularism bermakna anda boleh pilih agama ikut suka anda dan hanya menganggap agama berkaitan dengan kerohanian sahaja. Tahap tertinggi sekular ialah menentang agama seperti Kamal Attarturk. 

Sebagai orang Islam yang benar-benar beriman kepada Allah, pasti anda akan menolak nilai-nilai di atas. Oleh kerana semua nilai itu adalah nilai yang dipegang oleh BARAT  (baca: Amerika), sekiranya anda tidak suka kepada nilai itu, bermakna anda menolak nilai BARAT. Respon dari itu, BARAT menganggap anda adalah musuhnya, kerana pegangan anda itu akan mengancam kepentingannya. 

Thursday, March 3, 2016

KENAPA KOMUNIS, MARX DAN SOSIALISME DISERANG, BUKAN DEMOKRASI (Siri 2)

Ada pihak yang kurang senang apabila saya cuba jelaskan tentang perbezaan matlamat antara Islam dan Marxisme dan sosialisme. Mereka mendakwa kenapa tidak serang juga sistem demokrasi, sedangkan sistem ini juga bertentangan dengan Islam. 

Dia kata: 
"Sistem Demokrasi, sistem Kapitalis yang memanifestasikan sistem pilihan raya, first past the post, sistem parlimen Westminster dan seumpamanya. Adakah sistem ini semua sama matlamat dengan Islam? Adakah sistem ini mempunyai matlamat selepas mati? Banyak gerakan Islam yang terjebak dengan sistem ini. ......
Kenapa tak serang juga Demokrasi yang terang benderang kita amalkan? Pukul kena sama rata. Bagaimana dengan umat Islam yang terjebak dalam sistem ni ?



Di dalam blog myfaisalonline.blogspot.com, saya telah jelaskan bahawa sistem demokrasi adalah kemuncak kepada sistem sekularisme iaitu cara membuat keputusan yang semata-mata berlandaskan kepada akal dan lojik sahaja. Mungkin ramai yang keliru. Lawan kepada sistem demokrasi ialah sistem syura iaitu cara membuat keputusan berlandaskan kepada syara’. Sila lihat dan baca di sini untuk penjelasan lanjut, sila klik sini 
http://myfaisalonline.blogspot.my/2015/05/syura-bukan-bermaksud-mesyuarat-tetapi.html

Kalau ditanya, "Kenapa gerakan Islam tidak memerangi sistem demokrasi?” Jawapannya ialah penglibatan gerakan Islam dalam sistem demokrasi yang ada sekarang ialah untuk membawa masyarakat Islam kepada cara membuat keputusan berlandaskan syara’ iaitu mengikut al-Quran dan Hadis. Oleh sebab itu, gerakan Islam memperjuangkan perbankan Islam, hukum hudud, diyat, zakat dan lain-lain hukum kerana itu adalah cara hidup Islam. 

Menentang demokrasi bukan sebab namanya demokrasi, tetapi ia adalah cara membuat keputusan yang tidak berlandaskan syara’, tetapi mengikut akal manusia. 

Dia qoute kata-kata Tuan Guru Nik Aziz "Tokoh-tokoh demokrasi tak tahu sikit habuk pasal benda dalam kubur, pasal syurga neraka, benda2 ghaib” - Jawapannya - Ya betullah, menjadi tugas kita untuk mengajak dan mendakwah mereka sama-sama meyakini dan mempercayai alam ghaib dan dosa pahala. 

Cara menangani demokrasi (baca: cara membuat keputusan yang bukan berlandaskan syara) ada pendekatannya yang tersendiri di Malaysia yang berbeza dengan pendekatan menentang marxisme, komunisme, dan sosialisme. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi, maka cara yang terbaik setakat ini untuk memperjuangkan Islam ialah dengan cara menyertai sistem berkenaan dengan matlamat untuk mengubah cara membuat keputusan berkenaan. 

Adapun marxisme, komunisme, dan sosialisme merupakan pemikiran yang tidak popular di Malaysia, maka tidak perlulah untuk membawanya ke sini. Ia akan menambahkan lagi kecelaruan masyarakat Islam di sini. Sudahlah tidak habis dengan Islam liberal, Islam moderate, nak bawa pula dengan Islam sosialis, atau mungkin juga Islam komunis. Msyarakat dan termasuk kita akan turut celaru. 


Wednesday, March 2, 2016

MATLAMAT ISLAM TIDAK SAMA DENGAN MARXISME DAN SOSIALISME (Siri 1)

Matlamat hidup seorang Muslim ialah beriman kepada Allah dan mencari keredoanNya yang membolehkannya masuk syurga Allah. Muslim yang tidak mempunyai matlamat ini bagaikan tiada kompas dalam kehidupan. 

Fahaman seperti komunisme, marxisme dan sosialisme merupakan fahaman yang tidak mempunyai misi kehidupan selepas mati seperti Islam. Matlamat kehidupan mereka ialah mendapatkan kesenangan dan kebahagiaan hidup di dunia ini sahaja.


Ada mereka cakna tentang dosa pahala, halal haram, syurga neraka? Tidak, kerana parameter mereka bukan al-Quran dan Hadis, tetapi ialah hanyalah keadilan, kesaksamaan, menentang kemiskinan dll berdasarkan kepada idea yang mereka fikirkan sahaja. Tiada dalam kamus perjuangan mereka untuk membawa hidayah Allah kepada manusia kerana tumpuan mereka adalah untuk kesejahteraan hidup di dunia sahaja. Cuba sebutkan tokoh pejuang komunisme, marxisme dan sosialisme yang memperjuangkan Islam dan mengajak beriman kepada Allah?