PAMPASAN (DIYAT) MEMBERIKAN RAHMAT KEPADA MANGSA/KELUARGA


Bersetujukah anda sekiranya penjenayah bukan sekadar dikenakan hukuman tetapi mereka turut membayar pampasan kepada mangsa/keluarga atas kezaliman yang dilakukan? Ya, sudah tentu kerana pampasan ini boleh membela dan menjaga kebajikan mereka yang dizalimi. 





Mengikut amalan kebiasaan, penjenayah atau pesalah membayar saman, hukuman dan denda yang diputuskan oleh mahkamah kepada kerajaan. Namun, apa pula nasib mangsa atau keluarga mangsa? Disinilah terletak keadilan Islam dalam membela dan menjaga kebajikan mereka kerana Islam memperkenalkan sistem pampasan yang dikenali sebagai diyat. Ia merupakan pekngkap kepada hukum Qisas di dalam Islam. 




Pampasan atau diyat merupakan sejumlah gantirugi yang berikan kepada mangsa atau keluarga akibat dari jenayah tertentu yang dilakukan kepada mereka. Setelah diputuskan oleh mahkamah, penjenayah dan/atau warisnya bertanggung jawab membayar pampasan berdasarkan kepada kadar jenayah yang dilakukan. 

Mengikut hukum Islam, pampasan penuh bermula dengan nilai 100 ekor unta yang menyamai Rm500k, (kalau Rm5k seekor). Pampasan penuh ini dikenakan kepada jenayah bunuh sengaja dan kadar ini berkurangan mengikut kadar jenayah itu. Sebagai contoh, mencederakan sebelah telinga hingga putus, perlu membayar separuh dari pampasan penuh iaitu nilai 50 ekor unta.


Tanpa pampasan ini, mangsa berterusan teraniaya. Sudahlah ahli keluarga mereka dibunuh (sama ada secara sengaja atau bunuh tidak sengaja), di mana pula anak2, isteri dan keluarga  ingin bergantung? Sekurang2nya, pampasan itu dapat memberikan sedikit keringanan kepada mereka. 

Selain itu, kelebihan kepada sistem pampasan ini ialah mewujudkan tanggungjawab menegur ahli keluarga dari melakukan jenayah dan salah laku. Ini kerana, sekiranya penjenayah tidak mampu membayar gantirugi itu, maka menjadi tanggungjawab keluarga penjenayah untuk membantu penjenayah membayarnya. Inilah sistem waris kerana waris tidak hanya menerima pusaka, tetapi turut perlu bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya. 

Dengan cara ini, suatu bentuk sistem sosial yang terbaik dapat dibentuk kerana ahli keluarga masing akan mengambil tindakan menghalang dan menegur ahli keluarga dari melakukan kesalahan dan jenayah. Kalau berlaku jenayah, mereka pula yang terpaksa membayar pampasan dan akan menyusahkan mereka. 

Inilah cara Islam dalam menyelesaikan kemelut dalam masyarakat. Di sebalik hukum hudud yang boleh menakutkan masyarakat, hukum diyat merupakan rahmat kepada keluarga mangsa. 

Apakah sistem pampasan ini boleh dikenakan kepada mangsa kemalangan jalan raya??
Biarpun pelaksanaan nya masih jauh lagi, perbincangan mengenainya boleh dimulakan sekarang. 

Wallahu a'lam. 

Post a Comment

0 Comments