TAZKIRAH : DARI DALAM SURAU HINGGA TEPI KOTAK ROKOK

Mendengar Tazkirah ialah salah satu cara untuk mendidik jiwa agar bersedia mendengar apa orang kata. Ia tidak mudah kerana manusia biasanya berasa berat untuk dengar orang kata dan lebih suka kalau orang dengar dia kata. 

Proses tarbiyyah menerusi tazkirah berlaku apabila kita memaksa diri mendengar pandangan dan ucapan pentazkirah, biarpun macam tak berapa sedap, membosankan atau pun perkara itu yang dia dah tahu. Apabila dia menggagahkan diri untuk mendengar, itulah tarbiah atau proses mendidik jiwa. Ia boleh membuang sikap ego, perangai degil dan payah untuk menerima nasihat. 

Sebenarnya, tazkirah bukan maklumat yang baru kerana ialah adalah ingatan pada perkara yang mungkin kita sudah tahu atau biasa kita dengar tetapi mungkin kita terlupa. Peranan tazkirah ialah mengingatkan bagi manusia yang lalai. Betapa ramai orang sesat, bukan sebab tidak tahu, tetapi buat-buat tidak tahu. 

Setiap hari kita berjumpa dengan pelbagai tazkirah dan ingatan. Di tepi jalan penuh dengan signboard seperti gambar tengkorak, statistik kemalangan dan “under construction" untuk mengingatkan manusia agar tidak memandu laju, agar lebih berhati-hati dan agar lebih cermat. Itu belum lagi kat kedai, kat pejabat, kat rumah, kat sekolah dll. Papan tanda, sticker dan pengumuman semua itu adalah tazkirah kepada manusia yang mungkin lalai dan lupa. 


Pun begitu, tiada pula orang complain berkaitan dengan signboard (tazkirah) yang cukup banyak dipasang di tepi jalan. Begitu juga tazkirah (Amaran) yang dipasang oleh Kerajaan Malaysia di tepi kotak rokok. Walaupun letak gambar orang cacat dan kena kanser, perokok tidak complain. Semua orang tahu, tazkirah itu untuk kebaikan manausia. 


TETAPI, apabila tazkirah dianjurkan di masjid dan surau, mungkin ada yang mengeluh, rasa letih, bosan, rasa tidak suka, menganggap benda yang sama dan lain-lain. Sebenarnya, rohaninya dipercayai masih liat, jiwanya masih liar dan hatinya masih keras. Oleh sebab itu, dia payah untuk mendengar. Apabila duduk di luar masjid dan surau atau balik rumah, semua letih, bosan dan mengantuk hilang belaka. 

Maka, labuhkan punggung dan paksanya duduk dan dengar, itu adalah penawar kepada hati ini. Kalau kita payah nak dengar apa pentazkirah cakap, mungkin kita juga payah nak dengar apa Allah dan Rasul kata. Ini cukup bahaya. 

Iblis tidak mahu mendengar kata-kata Allah. Dia adalah ikon kepada ego, keras kepala, bongkak, sombong dan takabbur. Allah sudah lama pesan kepada kita agar jangan ikut watak iblis ini kerana ia adalah sesat. 

ORANG YANG BAIK IALAH ORANG SEDIA MENJADI PENDENGAR KERANA IA MENJADI PENDENGAR KEPADA APA YANG ALLAH DAN RASUL KATA

Allah berfirman: Berilah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat untuk orang yang beriman. (Surah al-Dhariyat: 55)
Orang kata: The repetition is the mother of knowledge 

Post a Comment

1 Comments

jamal said…
Salam Dr.
Saya mohon bertanya, bagaimana pula dengan orang muda yang rasa dirinya jahil sampai rasa tak layaklah atau malu sangat2 lah nak masuk masjid nak belajar atau dah masuk masjid tapi merasa takda yg buatkan dia bersemangat nak blajar. Tp dalam hatinya memang nak belajar?

Bagaimana pula org rasa jahil agama, tiba2 jumpa orang berkongsi ilmu pasal ketuhanan, tapi bukan di surau atau masjid, orang yang mengajar tu jauh sangat perwatakannya sebagai seoran guru/ustaz pada kebiasaannya, baik dari gayanya dan perbuatannya yang masih jelas pandangan kita melakukan maksiat atau tidak melaksanakan ibadat seperti kebiasaannya, solat awal waktu atau berjemaah. Tapi penjelasan, perkongsiannya kita rasa benar, menarik, boleh ka kita ikut pembelajara sebegitu.