YANG BELUM MENUNAIKAN HAJI, WAJIB ADA KEAZAMAN

Haji merupakan rukun Islam yang kelima yang perlu dilaksanakan oleh semua orang Islam. Semua mesti menyimpan niat dan keazaman untuk menunaikan perintah haji ini dan ia perlu disematkan dalam hati biarpun pada masa ini masih belum ada kemampuan lagi. Usaha menabung dan mendaftarkan diri di Tabung Haji perlu dibuat sekarang untuk memastikan seat haji pada masa akan datang.


Saya dan isteri telah mendaftar haji kira-kira 10 tahun yang lalu, namun tarikh haji kami ialah pada 2027. Mengambil masa 20 tahun untuk daftar haji. Jangan lewat untuk daftar. Difahamkan pada masa ini, kalau daftar sekarang ia akan mengambil masa yang sangat lama untuk menunaikan haji. Mungkin lebih 20 tahun. 

Kemampuan merupakan syarat yang penting untuk menunaikan haji. Maka, lagi usia muda lagi baik kerana ia haji melibatkan banyak gerakan fizikal dan berjalan kaki dalam jarak yang jauh. Sehingga mencecah 8-10km untuk menunaikan ibadat melontar di Mina. Memang cabarannya tinggi kepada orang yang berusia dan mereka yang mendapat penyakit orang kaya. :)

Namun, bagi yang tidak berkemampuan untuk tawaf dan saie, ada disediakan khidmat “Skuter” yang membolehkan mereka melaksanakannya dengan mudah. Ia akan bergerak di tingkat atas Masjidil Haram yang bayarannya 100 riyal dan boleh naik berdua. Tapi tidak pasti kalau musim haji sama ada ada servise ini atau tidak kerana orang sangat ramai. 

Menunaikan haji ini juga menyahut seruan Nabi Ibrahim sebagai mana yang diperintahkan oleh Allah, yang Mekah pada ketika itu merupakan lembah yang kering kontang. Namun, berkat Air Zamzam dan Baitullah, pada hari ini manusia berbondong datang menunaikan haji sehingga kerajaan Arab Saudi terpaksa mewujudkan kouta tertentu untuk mengelak kepadatan umat Islam menunaikan haji. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menunaikan haji atas masalah kouta dan sebagainya, boleh menunaikan umrah dahulu bagi menyahut seruan Allah ini. Dengan ini dapat melihat sendiri dua tempat suci orang Islam yang setiap hari mengadap ker arahnya dan dapat mengunjungi Rasulullah di Madinah. Ia juga boleh untuk memberikan suatu gambaran kepada ibadat haji yang akan dilaksanakan suatu hari nanti. 

🛫 IKUTI KISAH LANJUT BERSAMA KAMI DALAM UMRAH BULAN DISEMBER 2019. Boleh merancang Umrah anda dari sekarang. 

Sesiapa yg berminat, boleh pm.

Dr. Muhamad Faisal
Ini pakej separa VIP



Post a Comment

0 Comments