Kursus Penulisan Media baru

Sila isi borang di sini.

http://goo.gl/forms/lcVECHKGtW

Sila download
https://drive.google.com/file/d/0B2aDYFHhUlCpQm9ER1ZabEZGWEU/view?usp=sharing

Sinopsis: Bengkel ini akan membincangkan teknik penulisan dakwah media baru yang agak berbeza dengan dakwah media tradisional. Media baru lebih proaktif perlu lebih menarik kerana sasaran dakwah tidak berada di hadapan pendakwah apatah lagi sasaran dakwah maya yang sangat ramai. Justeru, pendakwah perlu untuk customize dakwahnya di alam maya dengan beberapa teknik yang diharapkan membantu pendakwah dalam mencapai sasarannya menerusi medium blog, facebook dan whatsapp. Bengkel ini diharapkan dapat membantu peserta untuk menggunakan media baru dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat di alam maya. 

Modul 1 - Pengenalan Dakwah dan Cabaran Dakwah Masakini
Outcome:
1. Peserta dapat menjelaskan tentang konsep dakwah dan asasnya yang berteraskan tauhid 
2. Peserta dapat menghuraikan fenomena masyarakat moden pada hari ini dari perspektif dakwah 
3. Peserta dapat mengenalpasti isu-isu dakwah masa kini yang perlu diketengahkan dalam masyarakat
4. Peserta dapat menghuraikan metode deduktif dan induktif dalam menganalisis isu-isu dakwah masa kini.

 
Modul 2 - Teknik Penulisan Dakwah Media Baru 
Outcome: 
1. Peserta dapat menerangkan konsep dakwah media baru 
2. Peserta dapat menjelaskan asas dalam penulisan media baru 
3. Peserta dapat menghuraikan cara penulisan artikel argumentatif 
4. Peserta dapat menjelaskan cara untuk membentuk kata-kata hikmah dalam penulisan Facebook
5. Peserta dapat menggunakan 3 metode komunikasi persuasif dalam penulisan media baru
Modul 3- Penulisan Dakwah (secara praktikal)

Outcome:
1. Peserta boleh menulis sebuah pendahuluan artikel yang baik 
2. Peserta boleh menulis sebuah esei argumentatif yang ringkas dalam penulisan blog 
3. Peserta boleh mengupdate Facebook dengan kata-kata hikmah yang menarik 
4. Peserta boleh mengaplikasikan cara yang terbaik untuk penulisan dakwah menerusi whatsapp 
5. Peserta dapat mengaplikasikan cara dan tips untuk mendapatkan like, komen dan share yang tinggi di dalam Facebook 

Disediakan oleh 
Dr. Muhamad Faisal Ashaari 
Pensyarah Kanan 
Fakulti Pengajian Islam 
UKM
myfaisal@gmail.com



CONTOH KATA-KATA HIKMAH 

Semua orang mampu menimbulkan sifat ingin tahu, tetapi tidak ramai yang membentuk kesedaran. 

Sifat ingin tahu menjadikan seseorang itu bermaklumat, tetapi kesedaran itu menjadikan seseorang itu sedar tahapnya sebagai seorang hamba. Ia akan menghiasi kepandaian dan keombongan itu akan merosakkan. 
Keaedaran tidak dapat di asah dalam sehari dua, tetapi mengambil masa yang lama

Tidak penting di mana kita berada, tetapi penting untuk tahu tempat yg dituju

Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki, meminta jangan sampai memaksa, memberi jangan sampai mengungkit 

Tegurlah, bukan menghukum. 
Sayangilah, bukan memfitnah.
Maafkanlah, bukan membenci
Mudahkanlah, bukan menyusah

Jangan terlalu berbangga dengan kelebihan diri kerana itu adalah kurniaan Allah. Banyakkan melihat kekurangan diri kerana itu adalah milik kita.

Keilmuan itu diukur dengan amalan dan akhlaq, bukan diukur dengan sijil. 

Rezeki akan melimpah jika dibahagi
Ilmu akan bertambah jika dikongsi, 
Kasih sayang akan bercambah jika diberi ikhlas 

Siapapun ayah kita, siapapun emak kita, mereka bukan kita yang pilih, tetapi Allah yang pilih untuk kita. Hargailah mereka sementara mereka masih ada. 

Jika kiTa bersyukur dengan apa yang ada, kita tidak risau dengan apa yang bukan milik kita. 

Kesatuan hati akan wujud apabila manusia berhenti melihat perbezaan. Mengambil kira perbezaan manusia hanya akan menyebabkan manusia berasa tidak perlu kepada orang lain sedangkan ia bertentangan dengan fitrah manusia. 

Orang yang bahagia boleh membahagiakan orang lain.

Mereka yang tiada keyakinan diri terpaksa beli barang yang branded untuk nampak lebih yakin. Orang yang hampir dirinya dengan Allah akan ada keyakinan diri, kerana dia yakin dia ada Allah. 

Orang yang bahagia ialah orang yang pernah membahagiakan orang lain 


Kalau kita benci pada orang kaya, kita tidak kaya, kalau benci pada orang yang berjaya, kita tidak berjaya. 

No comments: