Pesanan kepada mereka yang merasa hebat disebabkan kuasa, disebabkan kaya, disebabkan pandai dll..
Ingatlah
1. Ketika burung hidup, ia makan ulat, Ketika burung mati, ulat makan burung.
2. Ketika kita menjadi ibu bapa, kita yang membasuh berak kencing anak kita. Bila kita sakit tua, anak kita pulak yang basuh berak kencing kita.
3. Ketika durian baru luruh, apabila digolekkan atas timun atau timun digolekkan atas durian, timun akan cedera. Tapi tunggulah 3 hari, ketika durian menjadi tempoyak, timun pula yang akan mencolek durian.
4. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita gagal baru kita tahu siapa teman kita.
Allah maha adil.
Allah maha adil.
Sekiranya kita ingin Allah / orang buat baik dengan kita, buat baik dengan orang lain. Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai..Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerena siapa mereka, tetapi kerena siapa diri kita. Kita mungkin berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita.
Orang yg sombong seperti orang yg berada di atas gunung, melihat orang di bawah kecil sahaja. Apakah dia lupa bahawa orang yg dibawah itu pun melihatnya kecil.
0 Comments