1. عيد الفطر diambil dari perkataan عيد yang dibaca dengan ع berbaris bawah. Bukan dibaca ع
dengan baris atas (aid)
seperti yang sering diamalkan di Malaysia.
2. Hari Raya Idilfitri merupakan sambutan kegembiraan terhadap amal ibadat yang telah dilakukan sepanjang bulan Ramadan. Setelah orang Islam penat menahan diri dari makan dan minum, bersusah payah melakukan amal ibadat dan berletih dalam mencari malam lailatul qadar, Allah telah memberikan penghargaan atas semua usaha itu dengan menyediakan suatu sambutan besar-besaran yang dinamakan dengan hari raya. Ia sebagai tanda berakhirnya kepada kursus pembentukan modal insan terhebat yang berjalan selama sebulan. Sebagai mana kita rasa gembira dengan berkahirnya musim peperiksaan, ujian dan kursus yang dipenuhi dengan tekanan, begitu jugalah kita berasa gembira bila berakhirnya kursus modal insan yang ingin melahirkan manusia yang bertaqwa.
3. Sambutan
pada hari ini merupakan sambutan yang besar. Oleh sebab itu ia dinamakan dengan
“hari raya”. Dalam bahasa melayu, “raya” memberi makna sangat besar, sangat
luas dan sangat hebat. Seperti jalan raya, hantu raya, lebuhraya dll.
4. Hari raya adalah hari kegembiraan kepada
orang Islam, bukan hari bersedih. Bising adalah tanda orang gembira. Orang yang
bergembira, tidak duduk di rumah bersendirian dan mengunci pintu. Biasanya, dia
akan mencari kawan/ rakan untuk bercakap, berkongsi cerita dan bersembang riuh
rendah. Kalau diperhatikan majlis sedih seperti majlis kematian, tiada hiruk
pikuk dan tiada pula bising kerana meraikan kesedihan atas pemergian seseorang.
Berbeza dengan majlis kenduri, lagu dan pancaragam didendangkan untuk menambah
lagi kebisingan sebagai tanda keseronokan.
5. Di
kawasan nusantara, budaya ziarah dan memberkan wang raya merupakan amalan turun
temurun bagi meraikan kegembiraan hari raya selain dari mengenakan pakaian yang
indah pada hari raya. Makanan pula ada yang special iaitu lemang/ ketupat dan rendang
dll.
6. Di kampung
pula, orang Melayu menggunakan meriam buluh dan meriam katak untuk mewujudkan
suasana bising. Namun, sejak dua menjak ini meriam buluh terutamanya meriam
katak semakin tidak diketahui oleh generasi masa kini. Barangkali telah
berpinda kepada meriam karbaid di ipad dan iphone.
7. Bagi
orang cina, mereka membakar bunga api dan bermain mercun bagi menambahkan lagi
suasana kegembiraan pada hari raya. Adat mereka ini telah menular di kalangan
orang melayu, apabila bunga api dan mercun telah menjadi suatu budaya Melayu
pula.
Hiasan: Seorang budah sedang mencucuh meriam buluh.
Meriam tin atau meriam katak
Struktur meriam katak atau tin
8. Kita
orang bergembira, biarlah ada sebabnya. Orang peghak kata “Seghonok bior ada
pase. Jangan seghonok tak de ape pase”. Ada orang gembira sebab amalan, ada
sebab dapat makan, ada sebab dapat main meriam, ada sebab dapat jumpa adik
beradik dan kawan2. Namun, ramai di kalangan orang Islam yang tidak tahu sebab di bergumbira pada hari raya. Sebagai seorang Islam, kita seronok biarlah disebabkan
amalan yang dilakukan melebihi sebab-sebab yang lain.
Meriam Buluh Talang
0 Comments