Kita
perhatikan amalan kita. Kalau budak jawab periksa 5 baris sahaja, sedangkan
soalan memerlukan jawapan 5 helai, sebagai cikgu, apa kita nak kata pada anak
murid itu?
Marilah
sama2 kita memuhasabah amalan kita, khasnya doa seleas solat tarawih. Kalau
kita perasan tok imam baca panjang doa itu. Tetapi sedarkah kita maksud doa
berkenaan? Atau semasa kita berdoa itu mata kita pun terasa sangat ngantuknya,
atau pun memang terlelap. Tok imam pun kadang2 baca laju je doa tu. macam
bagi nak cukup syarat sahaja. Atau pun, tok imam pun tak faham dia minta
apa.
Marilah
kita muhasabah, adakah padan doa yg kita panjatkan kepada Allah dengan amalan
kita? Mari kita perhatikan maksud doa yg dipanjatkan kepada Allah selepas
solat tarawih. Berikut adalah 23 item yang terdapat di dalam doa berkenaan.
1- Memperoleh Iman yang sempurna.
Ada 3
Hadis soheh yang menjelaskan tentang kesempurnaan iman.
a. Sabda
Rasulullah: Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah kamu mengasihi Aku
melebihi kedua ibu bapa kamu, melebihi anak kamu dan melebihi semua manusia
yang lain.
b. Sabda
Rasulullah: Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga keinginan kamu mengikut
apa yg aku bawa.
c. Sabda
Rasulullah: Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga kamu mengasihi
saudaranya sepertinya ia mengasihi dirinya sendiri.
2-
Menunaikan segala kefarduan
Kefarduan
ialah tanggungjawab yg perlu dilakukan. Tanggungjawab sangat banyak, lebih dari
masa yang ada pada kita.
3- Menjaga
solat
Jaga
solat, menjaga solat diawal waktu. Menjaga khusyuk.
Sewaktu
Ramadan, kita sangat particular tentang waktu berbuka puasa. Tetapi pada bulan
selain Ramadan, kita tidak berapa ingat jadual waktu Subuh dan Maghrib secara
tepat.
4-
Menunaikan zakat
Zakat
ialah mensucikan harta dan mensucikan jiwa. Jangan kedekut.
Zakat
tidak membersihkan amalan kalau orang itu langsung tidak puasa. Apa yg nak
dibersihkan kerana asasnya memang tidak baik.
5-
Mendambakan pahala dan rahmat di sisi Allah.
Kita kena
minta dari Allah bukan sebab kita miskin, susah, sakit dll. Tetapi kita perlu
minta hidayah, rahmat dari Allah.
6-
Mengharap keampunan Allah
Nak
harap keampunan Allah, kena lakukan amalan. Bila kita sudah lakukan amalan,
barulah boleh meletakkan harapan. Kalau tidak buat, memang tiada harapan.
7-
Berpegang dengan petunjuk Allah
Petunjuk
ialah hukum hakam yg terkandung di dalam alquran. Macam mana nak berpegang,
kalau quran pun kita tidak baca.
8-
Berpaling dari perkara lagha
Lagha -
ialah perkara yg menyebabkan kita jauh diri dari Allah.
9- Zuhud
di dunia iaitu tidak meletakkan keutamaan pada dunia.
Akhirat
ialah perkara yg membawa pahala. Manakala dunia ialah perkara yg tidak bawa
pahala.
11- Redo
dengan ketentuan Allah
Tidak
semua yg kita inginkan kita dapat, ada yg kita minta, Allah maqbulkan
diakhirat.
12-
Mensyukuri nikmat Allah
Syukur
ialah menghargai nikmat Allah.
13-
Sabar atas segala bencana
14-
Dapat berada di bawah naungan bendera nabi muhammad
Nak
dapat naungan macam mana kalau Rasulullah bukan menjadi idola.
Berikut
adalah permintaan kita untuk berada di dalam SYurga Allah.
15-
Dapat datang ke telaga kauthar
16-
Dapat masuk syurga
17-
Dapat duduk disinggahsana syurga
18-
Dapat kahwin dengan bidadari
19-
Dapat memakai pakaian yang indah di syurga
20-
Dapat makan makanan syurga
21-
Dapat minum susu dan madu syurga yg dihidangkan beraama mug dan cerek
22-
Bersama2 dengan para mabi, para siddiqin (org yg tahan ujian Allah), para
syuhada dan org2 soleh.
Kita
baru solat tarawih 8 rakaat, sekitar 45 minit sahaja tetapi letihnya lepas tu
macam main bola 90 minit. Pahtu minta syurga dari Allah.
Marilah
sama2 kita muhasabah amalan kita. Kita tahu bahawa masuk syurga disebabkan
rahmat Allah, bukan sebab amalan kita. Semoga kita diberi hidayah oleh Allah.
Amin.
0 Comments