Pengurusan
masa tidur yang berkesan sangat penting di dalam Islam kerana ia berkait dengan
nafsu dan keinginan manusia. Di kala keinginan manusia yang tinggi kepada tidur
pada waktu pagi, ada insan yang berhati mulia bersengkang mata untuk
melaksanakan perintah Allah. Ibadat sunat tahajjud dan seumpama dengannya
bukanlah suatu kewajipan, tetapi usaha manusia bersengkang mata melaksanakan
perkara ini demi untuk menunjukkan cinta dan sayangnya pada Allah. Orang ini
ialah orang yang kuat rohaninya kerana mengekang keperluan fizikalnya kepada
tidur. Orang yang kuat rohaninya sahaja bersedia melakukan amal kebajikan
kerana perkara kebajikan ini tidak digemari oleh nafsu.
1- Solat yang
sangat digalakkan untuk dilakukan ketika malam ialah solat tahajjud. Ia boleh
dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat. Bagi mereka yang ingin melakukan solat
malam yang panjang bacaannya, mulakan dahulu dengan dua rakaat yang ringkas,
kemudian diikuti dengan solat yang panjang. Selain tahajjud, ialah solat taubat
dan hajat dll.
2- Asas solat malam dilakukan secara bersendirian
dan dengan suara yang perlahan. Tapi, kalau ada yang nak buat secara berjemaah
tiada halangan. Bilangan rakaat pula tidak lebih dari 11 rakaat kerana
Rasulullah tidak solat lebih dari itu.
3- Waktu Solat tahajjud itu bermula 1/3 terakhir
malam. Sebaiknya tidur dahulu. Tapi kalau tidak tidur, tidak semestinya tidak boleh
buat solat tahajjud.
4- Qiyamulail
tidak semestinya dengan solat tahajjud. Ini kerana maksud qiyamualail itu ialah
membangunkan malam. Pelbagai amalan sunat yang lain boleh juga dilakukan
seperti membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya.
5- Tidak semestinya qiamullail dengan solat tasbih.
Bila solat tasbih je, Qiamulail la tu. Solat tahajjud lebih afdal kerana ia datang
dengan dalil yang kuat, manakala solat tasbih datang dengan hadis yang
daif. Walau bagaimanapun, solat sunat tasbih ini boleh dilakukan kerana ia
masih mempunyai dalil.
6- Bagi yang mengejar amalan sunat, janganlah abaikan
amalan fardu. Walau bagaimana hebat pahala dan kelebihan amalan sunat, hebat
lagi amalan fardu. Justeru, tidak boleh mengabaikan yang fardu semata-mata amalan
sunat.
7- Solat witir pada satu malam hanya sekali sahaja.
Sesiapa yg melakukan witir selepas tarawih, tidak perlu lagi mengulang witir
sekali lagi bila dia bangun solat malam. Afdal solat witir tiga rakaat
dengan dua salam, walau pun boleh juga 3 rakaat dengan satu salam.
0 Comments