Dunia ini penuh dengan ujian yang menuntut untuk kita bersabar dan menerima
segala ketentuan dari Allah untuk kita. Tanpa sabar dan tabah, kita akan
merungut kerana merasakan ketidakadilan sering berlaku terhadap kita. Kalau
diperhalusi, memang betul. Sebagai contoh;
-Kenapa kita dapat rezeki sedikit, orang lain dapat banyak
-Kenapa kita selalu dapat sakit, orang lain sihat aja
-Kenapa kita berniaga tak berapa untung, orang lain untung aja
-Kenapa isteri kita tak berapa cantik, isteri orang cantik aja
-Kenapa anak kita tidak berjaya seperti anak orang lain,
-Kalau jadi pengerusi persatuan, Kenapa asyik aku aja, orang lain tak pun,
-Kenapa asyik aku aja yang kena buat kerja, orang lain tak kena pun.
Memang inilah dunia kerana ia merupakan ujian dari Allah kepada manusia.
Kalau nak ikutkan tak adil, memang semua tidak adil.
+Betapa Allah bagi rezeki banyak kepada manusia, tetapi hanya sedikit sahaja
yang bersyukur
+Betapa Rasulullah mempunyai akhlak yang mulia, tetapi betapa ramai orang
yang menentangnya dan memeranginya
+Betapa seorang ayah telah berbakti kepada anak, tetapi betapa ramai anak
yang mengabaikan ayahnya
+Betapa seorang ibu telah berjasa kepada anak, tetapi betapa ramai anak yang
menderhaka kepada ibunya
+Betapa seorang guru telah mendidik anak muridnya dengan gigih, tetapi
selepas berjaya, usahkan penghargaan, tiada ucapan terima kasih pun diungkapkan
kepada guru.
Justeru, dunia ini penuh dengan ketidakadilan?? Bukan sama sekali, dunia
ini adalah ujian kepada manusia. Yang baik pun ujian, yang buruk pun ujian. Ia
menuntut kesabaran dari manusia dan antara maksud kesabaran ialah menerima
segala kesulitan dan menelan segala kepahitan kerana itulah realiti kehidupan. Justeru,
->Jadilah kita orang yang menghargai orang yang di sekeliling, maka kita akan
beroleh kebahagiaan
->Biarlah kita orang yang bersusah payah membantu orang lain, kerana itulah
sifat orang yang mulia
->Kalau buat kerja yang orang tidak mahu buat, kerana kita berjiwa besar. Orang
yang berjiwa kecil, mementinkan diri sendiri atau melihat kepentingan dirinya
sahaja.
->Sekiranya kita bekerja untuk orang dan demi orang, kita akan kecewa. Akan
tetapi, sekiranya kita bekerja untuk Allah, kita akan tenang.
->Seperti mana kita solat, puasa, zakat dan membaca al-Quran untuk mendapat
pahala, kita juga bersusah payah membantu orang untuk mendapat pahala.
(Walau bagaimanapun, jangan sampai ketulisan dan keikhlasan kita itu
dijijak oleh orang lain)
Artikel nasihat ini, sebenarnya untuk diri sendiri untuk memupuk sifat sabar
dan tabah dalam diri yang penuh dengan kekurangan. Kerap kali bila berbual dengan
Bapa tentang ujian yang menimpa dirinya, dia selalu menyebut “inilah ujiannya”. Mudahan Allah bagi hidayah untuk kita semua.
Dr. Muhamad Faisal
0 Comments