Anda pernah melakukan perkara pelik? Anda gembira kalau orang like, komen
dan share status anda di FB? Selepas anda post di FB, KEJAP-KEJAP ANDA buka FB.
Selang 5 minit sekali, tengok kot ada orang like, komen dan share.
Untuk mendapatkan like, komen dan share yang tinggi tentunya gambar yang anda upload itu bukan gambar biasa-biasa. Lagi luar biasa dan lagi pelik, tentu akan tarik minat orang. Betul? Orang dalam Facebook, memang pelik dan suka teruja dengan perkara luar biasa.
Di akhir zaman ni, memang banyak perkara pelik dan luar biasa yang
menguji keimanan manusia. Kita mungkin terdengar dan melihat Youtube orang yang
boleh buat pembedahan batin (bedah dada manusia tanpa keluar darah), manusia
bertukar jadi buaya, bomoh boleh tahu apa yang tersimpan dalam rumah kita, orang
menyembuhkan penyakit orang yang pada adatnya sukar untuk hidup dll. Ini semua
adalah fitnah yang mencabar keimanan. Semua perkara ini benar dan berlaku depan
mata.
Perkara di atas ini, mengikut law of nature, adalah perkara yang tidak
dapat dilakukan oleh manusia biasa melainkan ia bergantung dengan alam jin dan
syaitan. Adakah kita mahu beriman dengan jin dan syaitan? Dengan erti mengikut
jejak langkah mereka, mengagumi bomoh, mengambil berkat dengan bomoh, ...
tidak.
Kadang-kadang hairan kenapa semakin moden manusia, semakin menjadi-jadi
manusia suka kepada perkara yang berlawanan dengan law of nature.
Sebenarnya, apa nak hairankan dengan perkara pelik ini kerana Dajjal
nanti boleh panggil orang dalam kubur untuk keluar dan hidupkannya.. dajjal
boleh minta hujan turun dan tumbuhkan tumbuhan di musim kemarau... Manusia yang lemah imannya akan
percaya dengan dajjal dan akhirnya memperakui dajjal sebagai tuhan.
Imam Syafie ada diriwayatkan berkata: Kalau kamu berjumpa dengan orang yang boleh berjalan di atas air dan atau di atas angin, jangan tertipu dengannya sehingga dirujuk kepada Quran dan hadis.
Jadi, jangan teruja sangat dengan perkara pelik.
Selalulah baca Quran kerana ia akan menjelaskan perkara ghaib dan
menuntut untuk manusia bersedia menghadapinya, bukan berseronok dengan benda
pelik.
Dr. Muhamad Faisal
0 Comments