MEMBERI TEGURAN DAN CADANGAN, JANGAN PAKSA IA DITERIMA

Dalam media baharu, semua orang boleh memberi teguran dan pandangan mahupun cadangan. Namun, harus dingat supaya tidak menganggap diri lebih baik dari orang yang ditegur itu. Apabila berasa kesal apabila teguran, pandangan dan cadangan itu tidak diterima, itu tanda berasa diri lebih baik. Dikhuatiri terkena dengan penyakit UJUB.

Mana boleh memaksa pandangan dan cadangan itu diterima oleh orang lain walhal ia tidak semestinya betul. Kalau betul pun, tidak semestinya sesuai dilaksanakan. Kalau betul sekalipun, tidak semestinya orang yang ditegur itu salah. Ia mungkin cuma hanya berbeza perspektif sahaja, bukan bercanggah pun.



Sekiranya orang yang ditegur itu salah, tetapi dia mungkin orang yang ditegur itu memerlukan masa untuk menerima kesalahannya. Bersabarlah dengannya, jangan harapkan perubahan boleh berlaku dalam sekelip mata. 

Mungkin juga pandangan dan cadangan itu terlalu ideal untuk diterima dan dilaksanakan. Bersarbarlah. Mungkim masa yang mampu mengubahnya. 

Yang penting, kita jangan menghina dan merendahkan mereka. Jangan berasa cukup bagus berbanding orang lain. Ia akan memudahkan syaitan menyelinap masuk dalam hati yang akhirnya menimbulkan sikap yang suka merendahkan orang lain dan menyemai perasan kagum pada diri sendiri. 

Sesungguhnya ujub, takabbur dan besar diri itu adalah perangai syaitan.

Post a Comment

0 Comments