RASULULLAH BERPOLITIK MENGUKUHKAN ISLAM


Politik merupakan sebahagian dari tuntutan Islam kerana Islam tidak cukup sekadar dakwah, tetapi memerlukan kepada kuasa pemerintahan. Oleh sebab itu, Rasulullah melibatkan diri secara langsung dengan politik untuk memastikan Islam tertegak di Mekah dan Madinah. Oleh itu, Islam dan politik berpisah tiada. 

Namun, berpolitik mestilah bertujuan untuk mengukuhkan agama dan bangsa. Bukan dengan menggadaikan agama dan bangsa untuk mendapatkan kuasa politik. Akhirnya, agama Islam semakin  dihina dan orang Islam semakin hilang kuasa. Berpolitik juga mestilah mengukuhkan dakwah dan Islam semakin kuat. Akhirnya, orang bukan Islam tunduk dan hormat dengan Islam. Inilah cara berpolitik yang dianjurkan oleh Rasulullah. 

Oleh sebab itu, Rasulullah tidak menerima tawaran yang diberikan oleh orang Quraysh kepada kuasa, harta dan wanita kerana syarat tawaran itu ialah Rasulullah tidak boleh menyebarkan dakwah. 
Rasulullah mengambil jalan susah dan mencabar. Akhirnya Baginda dan para sahabat diboikot dan diperangi atas keputusan yang diambil ini. 

Kalau ingin berpakat dengan sesiapapun, mestilah menguntungkan Islam. Prinsip penting dalam politik Islam ialah menjaga dan mengukuhkan agama dan bangsa, bukan akhirnya agama dipermainkan dan bangsa ditertawakan. 

Dr. Muhamad Faisal

Post a Comment

0 Comments