1-10 ZULHIJJAH - KELEBIHAN YANG DIPANDANG SEPI

Orang melayu mempunyai sambutan yang tersendiri bagi memuliakan hari kebesaran Islam. Mereka meraikan sepenuhnya Bulan Ramadan, 12 Rabiulawwal, 27 Rejab, hari ke 10 Bulan Muharram dan sebagainya. Semua hari berkenaan disambut meriah dengan amal ibadat dan tidak kurangnya juga ada budaya yang tertentu seperti bubur Asyura.


Namun hari 1-10 Zulhijjah kurang diberikan penumpuan oleh umat Islam khususnya di Malaysia sedangkan Rasulullah berpesan bahawa ia merupakan hari2 yang Allah sangat suka manusia beribadat padanya. Lebih-lebih lagi galakan berpuasa pada 9 Zulhijjah di mana Rasulullah menjanjikan keampunan dari Allah pada orang yang berpuasa, pada tahun ini dan pada tahun lepas. 

Masjid dan surau serta organisasi dakwah termasuklah pendakwah perlu menyusun atur program dan aktiviti yang sesuai untuk mengisi tuntutan galakan beramal pada 1-10 Zulhijjah dan terutamanya berpuasa pada 9 Zulhijjah. Ia mungkin bersifat pengisian ugama seperti forum Lambaian Kaabah dan kursus pasca haji; semarak ibadat seperti Qiamullail dan menyedia juadah berbuka puasa;  ziarah asnaf dan sebagainya. 

Rasulullah bersabda: 
((مَا مِنْ أَيَّامٍ، الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ  -يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ- قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ قَالَ: وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ)). [رواه اأحمد 1968، والترمذي 757، واللفظ له].
Maksudnya: “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini.” Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah?Rasulullah bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” [Ahmad, At-Tirmizi].

Rasulullah bersabda: 
 ((صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ)) [رواه مسلم]
Maksudnya: “Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” [Muslim].

Dr. Muhamad Faisal

Post a Comment

0 Comments