6 LANGKAH MENYIAPKAN SUP KAKI LEMBU (KAWARIK)

Ketika melaksanakan ibadat sembelihan, bahagian kuku kaki jangan dibuang begitu sahaja. Di sesetengah tempat, ramai yang peminat kaki dan di sesetengah tempat pula dibiarkan begitu sahaja. Mungkin ramai yang tidak tahu keenakan rasa sup kuku yang dikenali ditanah arab dengan "kawarik". Mungkin juga mereka tidak pernah menikmatinya atau tidak tahu cara membuatnya. Tidak kurang juga yang hanya tahu makan, tetapi malas nak mengerjakannya. 

Sempena musim korban ni, jangan lupa ambil dapatkan kaki lembu dan "cuba try test". Insya Allah, orang yang menikmati sup kaki ini tidak akan lupa mendapatkannya pada setiap kali musim korban. Kalau di pasar, harga satu kaki RM5-RM8 berdasarkan kepada saiz.

Untuk tidak menghampakan orang yang ingin mencuba, di sini diperturunkan enam langkah memproses sup kaki lembu/kerbau.


Langkah 1: Bakar

Membakar kaki lembu hingga jadi hitam legam. Boleh gunakan dapur gas atau kayu api biasa. Yang penting ialah bahagian keseluruhan kaki itu terbakar untuk memastikan semua bulu kaki terbakar hitam.


Langkah 2: Kikis

Mengikis keseluruhan bulu/kulit yang hitam terbakar. Arang yang terdapat pada kaki itu tidak elok dimakan kerana dikatakan ia membawa kepada kanser. 




Langkah 3: Buang kasut

Membuang "kasut" kaki lembu. Terdapat lapisan yang agak keras pada bahagian kuku yang perlu dibuang. Ia seperti kasut kepada kaki lembu berkenaan.



Langkah 4: Potong sendi

Setiap kaki lembu mempunyai dua kuku. Belah dua antara dua kuku dan potong sendi keduanya. (p/s - ada beza antara "belah dua" dan "potong dua".




Langkah 5: Trim

Memotong bahagian kuku dan membersihkan keseluruhan bahagian. Pastikan tiada sebarang bulu masih melekat, termasuk juga arang. 


Langkah 6: Masak

Masak guna pressure cooker selama 2 jam. Jangan lupa masukkan juga sup bunjut. Kalau guna periuk biasa, mungkin makan masa 2 hari kerana memasaknya mengambil masa yang lama. Alhamdulillah, pressure cooker dapat menjimatkan masa.



Dah siap, mari makan. Ate, janganlah lupa ngajak teman. 


Post a Comment

0 Comments