PERBANDINGAN AGAMA: BAJU YANG CANTIK AKAN LEBIH DILIHAT CANTIK KALAU DIBANDINGKAN

Kalau 100 orang memakai baju seragam, tidak nampak siapa yang lebih cantik. Begitu juga, kalau saya seorang sahaja memakai baju yang cantik, maka tidak terserlah kecantikan baju saya melainkan apabila dibuat perbandingan. 


Mempelajari perbandingan agama bukan bermakna menghina tetapi mengkaji aspek persamaan dan perbezaan. Dengan membuat perbandingan ini, kita akan lebih meyakini agama kita sendiri dan lebih memahami konsep agama kita dan menghargainya berbanding dengan agama lain. 

Dengan perbandingan agama juga, kita mampu berinteraksi dengan penganut agama lain dengan berkongsi pandangan tentang agamanya kerana kita ada maklumat mengenainya.

Di Malaysia, ilmu perbandingan agama masih lagi belum mendapat tempat dalam masyarakat. Bukan sekadar di masjid dan surau, di IPT pun tidak diajar dalam Fakulti Pengajian Islam melainkan orang yang mengambil pengkhususan perbandingan agama. 

Sesuai dengan semangat keterbukaan yang ada pada hari ini, disarankan kepada asatizah untuk menyelitkan pembelajaran akidah Islam dengan akidah agama yang lain untuk memudahkan lagi kefahaman tentang konsep Islam dan menambahkan lagi keyakinan terhadap akidah Islam.

Dr. Muhamad Faisal 

Post a Comment

0 Comments