Baja tahi babi


Majlis Fatwa dalam sidangnya pada tahun 1981 telah mengharuskan penggunaan baja daripada tahi babi.

Aku memperakui keputusan ini. Walau bagaimanapun aku melihat beberapa masalah daripada keputusan ini.

1. Memperakui orang bukan Islam mendapatkan sumber baja yang lebih murah berbanding dengan orang Islam, terutamanya ketika harga baja yang diproses buat masa ini sangat mahal. Ini tentunya memberikan kesan kepada ekonomi orang Islam yang terlibat dalam pertanian.

Ramai pihak mendakwa bahawa limau bali di Perak dan buah jambu batu yang ditanam di sekitar bidor dan tepi gunung sebelah highway antara Ipoh Selatan dengan Simpang Pulai dibajai dengan tahi babi. Kandang babi ada disebelah lading-ladang ini. Walau bagaimanapun, ini hanya menurut dakwaan orang ramai dan siasatan lanjut perlulah dibuat.

Begitu juga dengan dakwaan awam yang mengatakan ternakan ikan keli pun diberi makan dengan campuran makanan tahi babi. Wallahu aklam.

Namun sekiranya benar, apakah impak kepada ladang dan ternakan orang Islam (sekiranya ada) bagi mendapat sumber baja dan bahan makan yang murah.


2. Memperkaui tahi babi asli sebagai baja, ia mengabsahkan lagi pembiakan babi di Malaysia. Haiwan ini memang membawa pelbagai guna daripada daging, bulu hingga ke tahinya.


Aku secara peribadi merasakan perlu untuk melihat pandangan siyasah shari'yyah dalam hal ini kerana ia boleh membawa kepada impak yang tidak baik kepada orang Islam. Apakah tidak perlu kepada sebarang peraturan atau undang-undang bagi menguruskan perkara ini dengan lebih sempurna?.

Post a Comment

1 Comments

Anonymous said…
pindah ke negara islam penuh jer senang citer. lagipun orang melayu dah tak ada melayunya lagi, banyak yang nak jadi orang dari timur tengah, dengan jubah serban dan sebaginya.