Hukum makan buah daripada baja tahi babi


Kelmarin aku ditanya tentang hukum ini dalam satu kuliah disebuah surau. Dia merujuk kepada pendapat seorang ulama terkenal daripada Kedah yang berpandangan bahawa dibolehkan makan buah daripada baja tahi babi.



Benar, apa bezanya antara tahi babi sebagai baja dan tahi ayam melainkan pada najisnya yang mughalazah. Tetapi setelah ia meresap kepada pokok yang menhasilkan buahan, maka ia telah berubah zat dan sifat.

Tetapi aku berpandangan bahawa, dari sudut siyasah sharciyyah, pandangan tadi membawa kepada masalah ekonomi orang Islam nanti. Orang bukan Islam menternak babi dan menggunakan najis babi sebagai baja, sedangkan orang Islam tidak dibenarkan. Menghasilkan baja dari tahi babi tidak memerlukan kos yang tinggi, bahkan tanaman pun dikatakan sangat subur dengan baja ini.

Begitu juga dengan menggunakan tahi babi sebagai campuran bahan makanan ikan keli yang sangat murah di pasaran. Aku diberitahu bahawa harga ikan keli di pasar borong Selangor ialah RM2.50 (harga tolak). Kawan aku kata, sukar untuk lawan harga itu kerana makanan ikan keli mahal.

Tidakkah ia memerlukan pandangan yang tuntas berasaskan kepada siyasah sharciyyah.

Abuirfan.

Post a Comment

4 Comments

Anonymous said…
ingatkan faisal tehrani tadi....rupa2nya anta...berkenaan tahi babi tu sebenarnya ulama2 terkini berdasarkan pandangan yang kuat membenarkan penggunaannya utk baja..
Terima kasih atas pandangan tuan.

Ana memperakui pandangan syarak dalam masalah baja tahi, dimana ia tidak menjadi masalah kepada pokok dan buahan.

Walau bagaimanapun, ana menagih pandangan yang tuntas daripada siyasah shariyyah dalam masalah ini memandangkan beberapa keadaan.

nanti ana update dalam entri baru.

tq.

Abuirfan
Unknown said…
Saya pun telah mendengar permasalahan ini. Menurut pendapat seorang Ustaz yang saya mengaji, harus makan buahan dari pokok yang digunakan najis babi untuk pembesaran pokok itu. TETAPI kalau ternampak dengan nyata seseorang menyiram sayur dengan baja tahi babi, hendaklah disamak akan sayur itu sebab ia najis dan harus juga dimakan.Kalau salah tolong diperbetulkan
kalau kena tahi babi kena samak sbb yang kena tu adalah luarannya.