Tajuk : Kesan modernity terhadap Islam.
Kuliah ini berasaskan kepada premis bahawa, kemajuan yang tidak dipandu dengan iman akan membawa kepada kemerosotan akidah manusia. Kemajuan dunia secara fizikalnya adalah berasaskan kepada kemajuan sains dan teknologi. Kemajuan sains dan teknologi terhasil setelah manusia berjaya memaksimumkan penggunaan akal dan rasional mereka sehingga berjaya menghasilkan produk yang membawa kepada kesenangan dan kemewahan kehidupan manusia. Secara tidak langsung, ia menyinggulkan psikologi manusia sehingga mereka merasa hebat dan sukar untuk akur dengan kelemahan yang terdapat dalam diri mereka. Apa yang mereka nak, semua dapat. Cakap sahaja apa, semuanya boleh. So, apa perlunya kepada tuhan? Apa hebatnya premis sains dan teknologi? Di mana letaknya Imam al-Ghazali?
Selain itu, dominasi akal dan rasional dalam kehidupan mereka, membawa kepada membuat ukuran dari sudut pulangan dan keuntungan dalam semua urusan termasuk dalam urusan agama. Adakah mereka kisah dengan perkara agama kerana ia tidak membawa pulangan? Bercanggahkah agama dengan rasional?
Trend masa kini semakin meluas untuk membincangkan semula peraturan agama yang dilihat tanpa memiliki dalil yang tuntas. Adakah ini ada kaitannya dengan kehebatan akal manusia masa kini untuk menyelongkar semula permasalahan agama. Kenapa ia agak berbeza dengan orang sebelum ini yang hanya menerima sahaja persoalan agama?
Tempat : Dewan Masjid Bandar Baru Salak Tinggi
Tarikh: 20 Januari 2008
Masa: 9.30 – 11.00 malam
Hari: Selasa Malam Rabu
Penceramah: Ustaz Muhamad Faisal Ashaari
Bahan Kuliah: Klik sini.
Semua dijemput hadir
0 Comments