Friday, February 27, 2009

Christian publication boleh guna nama Allah

Semasa meninjau-ninjau khazanah di alam maya, terjumpa dengan berita yang menyatakan bahawa Menteri dalam negeri telah membenarkan perkataan Allah digunakan dalam publication di Malaysia. Sila klik

Sebelum ini heboh kata tak boleh.





2 comments:

muhd_abduhu said...

Maaf sekadar cut n paste kandungan email..
Salam,
Dalam kerancakan isu-isu politik dlm negara sekarang, dalam diam pihak KDN telah membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam menterjemahkan perkataan 'god' menurut istilah kristien, dan juga lain-lain perkataan spt ' Kaabah', 'Baitullah' dan 'Solat' dengan syarat ditulis perkataan " UNTUK AGAMA KRISTIAN" (bukan UNTUK PENGANUT KRISTIAN - spt laporan akhbar-akhbar berbahasa Inggeris) pada kulit muka depan sesuatu penerbitan. Setakat yang diketahui, hanya akhbar2 Inggeris melaporkan perkara ini pada hari Jumaat, 27.2.09 bersamaan sebutan kes ini di Mahkamah Tinggi KL, sementara Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar tidak berada dalam negara. Perkara tersebut dinyatakan dalam Warta Kerajaan 16.2.2009 di bawah P.U. (A) 62., Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009 dibuat pada 21.1.2009. Kesan kebenaran penggunaan kalimah2 tersebut boleh mengelirukan generasi baru umat Islam dan tindakan Hamid Albar adalah subjudice kpd prosiding yg sdg berjalan di Mahkamah di samping mengenepikan sensiviti umat Islam yang membantah melalui Majlis Agama Negeri2. Beberapa peguam syarie pula berkata tindakan tersebut adalah suatu bentuk kesalahan jenayah dan pelanggaran kepada undang2 yang diluluskan di bawah beberapa enakmen negeri-negeri yang melarang penggunaan kalimah suci Islam bagi non Muslim contohnya Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam Negeri Selangor No.1/1988, negeri Terengganu No. 1/1980, negeri Perak No. 10/1988, negeri Sembilan No. 9.199 dan lain-lain negeri spt Perlis, Kedah, Kelantan, Melaka, Pahang dan Johor.

Abuirfan said...

terima kasih.