Bukan gila kuasa, tetapi ambil kuasa daripada orang gila

Mendapatkan kuasa multak merupakan kemuncak kepada keinginan hawa nafsu manusia. Semua manusia inginkan kediaman yang selesa, wang yang banyak, makanan yang lazat, wanita yang cantik, kenderaan yang hebat, kekayaan yang melimpah ruah dan sebagainya. Ke semua itu, akan mudah diperolehi sekiranya adanya kuasa, apatah lagi kuasa yang mutlak. Oleh sebab itu, manusia berebut-rebut untuk mendapatkan kuasa, Malahan tidak hairan sekiranya adanya manusia yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan ia dapat memperoleh kuasa sehingga mungkin sahaja digelar sebagai gila kuasa. Rasuah, penipuan, khianat, pecah amanah, tikam belakang, tumbuk rusuk dan sebagainya merupakan amalan yang selalu digunakan bagi mendapatkan kuasa.


Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa kepimpinan dan kekuasaan merupakan pemusatan kepada segala nafsu serakah manusia yang ingin melempiaskan apa sahaja yang diinginkan. Sejarah menyaksikan bahawa perjalanan para nabi dan rasul terdahulu hampir semuanya berhadapan dengan pemuka dan pemimpin kaum mereka seperti Ibrahim vs Namrud, Musa vs Firaun, dan Rasulullah vs Abu Jahal dan Abu Lahab. Nafsu tidak sekadar seks, tetapi segala bentuk keinginan yang menjadi idaman dan impian kepada manusia.
Maka berwaspadalah kepada mereka yang memegang kuasa agar anda tidak menjadi gila kuasa = gila nafsu. Kepada mereka yang melihat kuasa di tangan orang gila, maka rebutlah kuasa itu daripada mereka agar dunia ini tidak diperintah oleh orang gila.
Bahasa melayu cukup indah dalam soal ini kerana menyamakan tindakan orang yang kemaruk kuasa dengan orang gila. Mereka tidak kisah apa undang-undang kata dan malahan tidak kisah apa yang tuhan kata.


Post a Comment

0 Comments